Mexico Diarah Main Stadium Kosong Denda RM457k Kerana Penyokong Ejek Lelaki Kunyit

Mexico terpaksa bermain di dalam stadium kosong dalam dua perlawanan. Ini selepas FIFA mengenakan hukuman ke atas FA Mexico kerana kelakuan penyokong mereka.

Penyokong Mexico didapati bersalah kerana bersorak lagu menghina g*y ketika aksi menentang Kanada dan Honduras yang lalu.

Mereka melaungkan sorakan yang dikatakan menghina lelaki kunyit itu di Stadium Azteca yang dihadiri lebih 130,000 penyokong untuk kedua dua perlawanan itu.

Bukan itu sahaja, FA Mexico juga diminta membayar denda $110,000 ataupun sekitar RM457k kerana dikatakan tidak dapat mengawal kelakukan penyokong mereka.

FIFA menganggap penyokong Mexico melakukan diskriminasi terhadap manusia lain.

Mexico akan berdepan Costa Rica pada 30 Januari serta Panama pada 2 Februari akan datang selaku tuan rumah.

Kesannya, Mexico akan menanggung kerugian berjuta dollar selepas dikenakan hukuman serta kehilangan kutipan hari perlawanan serta acara.

Sebelum ini Mexico sudah diminta bermain stadium kosong dalam aksi berdepan Jamaica pada September lalu. Ketika itu kes ini masih disiasat.

Mexico akan berhadapan dengan Amerika Syarikat pada 24 Mac 2022 di Azteca. Itu akan menjadi perlawanan pertama Mexico menyambut semula kehadiran penyokong mereka.

Namun penyokong Mexico masih boleh menyaksikan aksi pasukan mereka dalam aksi menentang Chile pada perlawanan persahabatan yang dianjurkan di Texas.

Baca yang lain