Michael Schumacher Diundi Paling Berpengaruh Dalam F1, Belasah Bernie Ecclestone

Formula 1 sudah bertapak selama 70 tahun lamanya. Walaupun pada hari ini popularitinya tidak seperti dahulu, namun F1 tetap ada pengikutnya tersendiri.

Lalu F1 membuat satu undian tentang siapakah yang paling berpengaruh di dalam sejarah sukan lumba kereta tersebut.

Memang bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Michael Schumacher diundi sebagai pemenang menewaskan Bernie Ecclestones.

Schumacher mendapat kemenangan selesa dengan 61% berbanding 39% kepada Ecclestone.

Berikut adalah carta laluan kemenangan Schumacher:

Beat Nika Lauda, 56% to 44%

Beat Ayrton Senna, 52% to 48%

Beat Juan Manuel Fangio, 72% to 28%

Beat Enzo Ferrari, 54% to 46%

Final: Beat Bernie Ecclestone, 61% to 39%

Wartawan F1 Mark Hughes, faham kenapa peminat mengundi Schumacher. Ini kerana pada era pemandu tersebut, F1 telah berjaya menarik ramai peminat.

Schumacher ada pengaruh dan kuasa yang luar biasa untuk menjadi watak penting lebih daripada sekadar pemandu F1.

Schumacher menjadi simbol kepada Formula 1 dan Ferrari. Beliau sebelum itu menjuarai 2 kejuaraan bersama Benetton.

Schumacher menjadikan Scuderia berubah daripada under-achiever kepada salah satu pengeluar terbaik dan menaikkan reputasi mereka dengan mendadak.

Michael Schumacher juga dikenali dengan gaya pemanduannya yang luar biasa. Mampu mengendalikan jentera yang selaju itu dengan sangat baik.

Beliau masih kekal sebagai pemandu F1 dengan rekod kemenangan paling banyak di dalam sejarah.

Michael Schumacher juga masih menjadi pemandu F1 dengan rekod kejuaraan terbanyak dalam sejarah dengan 7 kejuaraan. Namun Lewis Hamilton hanya 1 kejuaraan sahaja di belakang rekod tersebut.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan