Milan Akhirnya Membida Pulisic Dengan Nilai £18.9 Juta

AC Milan akhirnya terbuka untuk membida Christian Pulisic dengan nilai lebih tinggi iaitu £18.9 juta,

Angka itu hanya £1.1 juta kurang daripada tanda harga diletakkan Chelsea iaitu £20 juta untuk pemain berusia 24 tahun itu.

Milan sebelum ini menghantar bidaan £12 juta sahaja untuk Pulisic dengan menganggap permintaan Chelsea £20 juta untuk pemain itu sebagai terlalu tinggi. Kerana pemain itu tak mahu melanjutkan kontrak baharu.

Namun Chelsea berkeras bahawa £20 juta adalah harga sepatutnya untuk Pulisic.

Seterusnya Lyon sedia membayar £22 juta untuk Pulisic. Membuatkan Milan mulai panik dan berbincang tentang harga yang baru mereka tawarkan.

Pulisic konsisten memberitahu Chelsea bahawa dia berminat menyertai AC Milan. Dan berharap kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga.

Dia tak mahu berpindah ke Lyon kerana mahu beraksi di UCL. Di mana, AC Milan menawarkan peluang bermain di UCL sementara Lyon tak!

Laporan terbaru menyebut bahawa AC Milan sedia membayar £18.9 juta termasuk bonus untuk pemain antarabangsa Amerika Syarikat yang dibeli £58 juta oleh Chelsea pada 2019.

Chelsea dalam proses cuci gudang untuk membolehkan akaun FFP mereka berada di paras yang selamat.

Ini selepas mereka berbelanja terlalu besar musim lalu.

Chelsea aktif menjual pemain yang tiada dalam perancangan Pochettino. Termasuk Kalidou Koulibaly, Mason Mount, Kovacic dan dalam proses menjual Hakim Ziyech dan Pulisic.

Mereka turut melepaskan pemain seperti Kane secara percuma selepas tamat kontrak.

Baca yang lain