Milner Dedah Klopp Hentak Meja Kerana Tak Puas Hati Dengannya

James Milner telah mengakui Jurgen Klopp pernah bertengkar dengannya di bilik persalinan ketika dalam karier di Liverpool selama lapan tahun.

Milner meninggalkan The Reds pada musim panas selepas sarat trofi, menjulang Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Carabao. Akhirnya terpaksa meninggalkan kelab itu.

Pemain berusia 37 tahun itu, yang berkhidmat sebagai naib kapten Liverpool, mendedahkan Klopp sentiasa bersedia untuk menerima maklum balas daripada pemain pemainnya semasa berada di kelab itu.

Namun pada hari itu, Klopp benar benar bengang dengan Milner.

“Dia cukup bagus, dia terbuka,” kata Milner kepada Podcast. “Mungkin bukan pada separuh masa. Kami mempunyai satu ketika di mana dia menyatakan pandangannya dan dan saya pun mempertahankan pandangan saya dan saya masih ingat dia menghempas tangannya ke atas meja dan menjerit: Boleh tak kau tutup mulut [shut up fxxxx up]”

“Tetapi Jurgen tetap seorang yang hebat, kami mempunyai hubungan yang hebat, seorang insan yang hebat di luar padang dan menyokong badan amal kami.”

“Seorang pengurus yang luar biasa dan saya merasakan pada kebanyakan masa dia bersikap terbuka dan walaupun anda tidak merasakannya dia tak akan memberikan respon kepada kamu di atas apa yang kamu akan cakap.”

“Saya rasa dia memikirkannya selepas itu. Saya merasakan dia pandai berada di dalam pasukan. Saya nampak dia banyak berubah sepanjang saya berada di sana.”

Bekas bek tengah Liverpool, Ragnar Klavan sebelum ini mendakwa Klopp dan Milner pernah hampir bertumbuk di bilik persalinan selepas perlawanan pada 2017.

Klavan telah mendakwa pada 2021 bahawa pasangan itu hampir bertelagah selepas Liverpool seri 2-2 menentang Sunderland, apabila dua sepakan penalti Jermain Defoe membatalkan jaringan Daniel Sturridge dan Sadio Mane.

“Klopp dan James Milner hampir memulakan pergaduhan fizikal. Ia adalah tempoh ketika Boxing Day di England dan mereka hampir mula bergaduh tetapi akhirnya Milner mengalah,” kata Klavan.

“Kami melihat dari matanya bahawa Klopp akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan dia betul. Ia adalah masa yang paling tertekan untuknya juga. Dia berada di bawah banyak tekanan.”

“Ia adalah tahun pertama saya dan kedua Klopp. Tekanan daripada media, Apa yang awak [sebagai pengurus] akan lakukan? Kamu sepatutnya menjadi jurulatih yang baik. Kamu adalah Jurgen Klopp yang akan menjadikan semua pemain kamu superstar. Tekanan mula menimpanya.”

“Ia sepatutnya tidak mudah, tetapi jika kamu tidak menang dalam perlawanan menentang pasukan seperti Sunderland, maka kamu boleh melupakan tempat yang anda harapkan, itu yang Klopp cuba sampaikan.”

Klopp telah menganggap insiden itu biasa biasa saja apabila ditanya mengenai komen Klavan.

“Semua orang tahu rupa saya apabila saya bercakap atau menjerit; ia kelihatan agak agresif walaupun saya tak agresif. Mungkin Ragnar belum terbiasa dengan itu,” kata Klopp pada 2021.

“Tiada apa-apa. James Milner tidak akan melakukan perkara seperti itu [agresif dengan pengurus] dan saya tidak akan melakukannya. Semuanya baik-baik saja,” kata Klopp yang mahu memastikan insiden di bilik persalinan ketika itu kekal di bilik persalinan.

Klopp memuji mentaliti Milner selepas pemergiannya pada musim panas selepas 332 perlawanan untuk kelab itu, sebelum dia menyertai Brighton secara percuma.

Milner mengakui Klopp benar benar mahukan dia kekal namun pengurusan tertinggi kelab membuat keputusan sebaliknya. Walaupun selepas insiden itu, Milner menjadi antara orang yang paling Klopp percaya bagi menjadi mentor kepada pemain pemain muda yang lain.

Milner malah mengakui dia ibarat pengawas disiplin yang dilantik Klopp ketika dia berada di Liverpool untuk memantau pemain pemain lain.

Klopp menggunakan Milner untuk beraksi di banyak posisi apabila diperlukan. Termasuk di bahagian pertahanan. Namun pemain itu sentiasa profesional.

“Saya tidak mahu memandang rendah kualiti Milly tetapi mentaliti yang dia ada, cara dia bermain. Oh, Tuhanku. Sesiapa yang masuk seterusnya, dia telah menetapkan standard yang sangat tinggi,” kata Klopp.

Baca yang lain