Mina (AOA) Muatnaik Status Mirip Nota Bunuh Diri, Akui Dibuli Oleh Rakan Sekumpulan

Bekas ahli kumpulan AOA iaitu Mina telah memuat naik hantaran yang mengejutkan peminatnya di Instagram.

(Nota editor: artikel dan gambar dalam artikel ini mungkin boleh buat korang trigger)

Bekas idol Kpop itu memuat naik imej yang menunjukkan dia sedang menyakitkan dirinya sendiri.

Lebih merisaukan, Mina memuat naik kenyataan yang mirip kepada nota bunuh diri.

Di mana dia mengecam beberapa orang termasuk Jimin yang dituduhnya pembuli ketika dia dalam kumpulan AOA.

Seternsya, Mina turut memetik nama Seolhyun, dan CEO FNC Entertainment CEO Han Sung Ho.

Mina menulis: “Saya tak nak bersikap tak adil. Shin Jimin, Han Sung Ho, Kim Seolhyun, korang hidup bahagialah.”

“Emak dan kaka, serta ahli keluarga saya yang lain yang tak mampu berkata apa apa mungkin akan menangis kerana mereka tidak melakuka apa apa membantu saya.”

“Berikanlah mereka semua tekanan mental. Berikan tekanan yang sangat banyak.”

“Kamu adalah manusia yang hanya memikirkan wang semata mata. Akaun pun tak diuruskan dengan betul, kontrak adalah 8 tahun dan tidak ada pecahan untuk perbelanjaan pelatih haram yang berhutang 3 billion Won ($2,522,758.80 USD).”

“Kamu tak menjawab ketika saya menghubungi kamu sehingga ke hari ini. Manusia tak bertanggungjawab. Kamu tak tahu bagaimana saya dilayan 11 tahun ini dan kepada yang hanya memerhati atau apa sahaja, dengar sini baik baik.”

“Mereka ini semua adalah seperti sampah, dan saya sendiri tak mampu nak jelaskan.”

“Korang tahu tak jenis orang yang mendorong kematian orang yang waras? Saya gembira, tetapi saya mahu pergi. Sakit di sini. Jangan datang ke pengebumian saya ketika saya mati. Awak semua kotor.”

“Apabila saya mati, saya akan menyeksa kamu semua. Saya tidak boleh hidup dengan kejahatan ini, oke.”

Semoga segalanya baik baik sahaja. Dilaporkan pihak agensi Mina sudah menghubungi beliau dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan selepas beliau disyaki cuba membunuh dirinya.

Baca yang lain