Morais Jelaskan Ini Sebab Kenapa Messi Tertarik Ke Inter Milan

Lionel Messi tiba tiba dikaitkan dengan Inter Milan. Ini kerana beliau masih belum melanjutkan kontrak di Barcelona.

Messi juga dilaporkan ada melakukan perbincangan dengan Inter Milan. Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila bekas presiden Inter, Massimo Moratti mendedahkan bahawa tak salah pun Inter Milan mengimpikan perpindahan Lionel Messi.

Pertelingkahan Messi dengan pengurusan tertinggi terutama sekali Eric Abidal juga dikatakan antara punca pemain itu nekad mahu meninggalkan Barcelona.

Namun Messi kemudian menafikan bahawa beliau ada menghubungi mana-mana pasukan termasuk Inter dan Newell Old Boys – bekas kelabnya.

Terbaru, bekas pembantu jurulatih Iner Milan yang berkhidmat ketika era Jose Mourinho iaitu Jose Morais menyatakan bahawa, beliau yakin Inter Milan akan mampu mendapatkan Lionel Messi.

Jurulatih Jeonbuk itu menyatakan bahawa, ada satu faktor yang kuat yang boleh menarik Messi ke Inter Milan.

Dan beliau menyatakan bahawa Javier Zanetti akan boleh memainkan peranan yang besar dalam membawa Messi ke Inter Milan.

“Kamu tahu tak, saya rasa Messi ke Inter adalah tidak mustahil. Kerana mereka ada Javier Zanetti. Ia seperti satu faktor tarikan kuat.”

“Saya yakin beliau berkemampuan untuk meyakinkan pemain seperti Messi, jika Messi memikirkan soal cabaran baharu di dalam karier. Ini kerana untuk pemain Argentina, mereka akan terasa seperti kembali ke kampung apabila bermain di Inter.”

“Saya perasan satu perkara di mana Inter Milan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pemain Argentina dengan sangat istimewa, kerana adanya Zanetti.”

“Kesemua pemain Argentina yang menyertai Inter Milan adalah luar biasa. Saya yakin Messi akan menjadi salah seorang daripada mereka.”

Baca yang lain