MotoGP: Miguel Oliveira Juara Sulung GP Indonesia Dalam Litar Basah Dan Licin

Pelumba harapan pasukan KTM Red Bull, Miguel Oliveira, berjaya muncul sebagai pemenang dalam siri perlumbaan kedua, MotoGP Indonesia 2022. Sekaligus menjadikan dia sebagai juara sulung MotoGP Indonesia.

Drama sebelum perlumbaan di mana penganjur menggunakan khidmat pawang hujan. Drama ketika perlumbaan tak kurang hebatnya. Di mana para pelumba menunjukkan tahap kompetensi mereka walaupun berlumba di litar basah.

Miguel Oliveira tampil gemilang dengan berjaya mencapai garisan penamat pertama di trek basah Litar Pertamina Mandalika, Indonesia, Ahad. Keupayannya mengawal motosikal dalam litar basah memang luar biasa.

Di tempat kedua ialah juara bertahan, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha), dan berada di tempart ketiga ialah Johann Zarco (Pramac Racing).

Perlumbaan MotoGP Indonesia akhirnya dapat diadakan selepas terpaksa ditangguhkan selama satu jam lima belas minit akibat hujan lebat.

Bagaimanapun, perlumbaan yang sepatutnya diadakan sebanyak 27 pusingan terpaksa dikurangkan kepada 20 pusingan sahaja atas sebab sebab keselamatan.

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo yang turut hadir akan menyampaikan trofi kemenangan kepada pemenang podium MotoGP Indonesia 2022.

Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) bermula di petak pertama dan mendahului perlumbaan.

Miguel Oliveira (Red Bull KTM) mengekori di belakangnya yang mencucuk rapat kedudukan hadapan selepas bermula di kedudukan ke-7.

Tidak mengambil masa yang lama, pada pusingan kedua, Oliveira berjaya melepasi Quartararo.

Pendahulu perlumbaan kemudian bertukar tangan kepada pelumba Lenovo Ducati, Jack Miller.

Quartararo mulai ditolak ke tempat ketiga selepas Oliveira dan Miller mengambil tempatnya.

Perlumbaan di barisan hadapan menjadi sengit dengan para pelumba saling pintas memintas.

Selepas tinggal hanya tiga pusingan, jurang antara pemandu di kedudukan dua dan tiga adalah terlalu jauh sebanyak 2.2 saat.

Miller masih mendahului cara perlumbaan itu diekori rapat oleh Oliveira.

Alex Rins kemudian naik ke kedudukan ketiga mengatasi Quartararo di trek lurus.

Dengan baki 15 pusingan lagi, giliran Oliveira mengambil alih daripada Miller.

Litar basah Mandalika sememangnya menyukarkan pelumba untuk lebih berhati-hati.

Pertempuran menjadi lebih sengit, apabila Quartararo mendapat tempat kedua pada beberapa pusingan terakhir.

Berbaki tiga pusingan, Oliveira masih menjadi pendahulu petak pertama, diikuti Quartararo dan Zarco yang terus disambar Miller.

Dengan baki dua pusingan lagi, Darry Binder (With U Yamaha RNF) kelihatan menggila apabila melepasi beberapa pelumba lain.

Sehingga pusingan terakhir, Miguel Oliveira akhirnya berjaya merangkul kedudukan pertama diiringi Fabio Quartararo dan Johann Zarco masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ini bermakna ada dua pelumba dari Perancis yang berada di podium pada kali ini.

Berikut keputusan MotoGP Indonesia 2022:

Podium

1. Miguel Oliveira (Red Bull KTM)
2. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha)
3. Johann Zarco (Pramac Racing)

4-10

4. Jack Miller (Pasukan Lenovo Ducati)
5. Alex Rins (Suzuki Ecstar)
6. Joan Mir (Suzuki Ecstar)
7. Franco Morbidelli (Monster Energy Yamaha)
8. Brad Binder (Red Bull KTM)
9. Aleix Espargaro (Aprilia Racing)
10. Darryn Binder (Dengan U RNF Yamaha)

11-21

11. Enea Bastianini (Perlumbaan Gresini)
12. Pol Espargaro (Repsol Honda)
13. Alex Marquez (LCR Honda)
14. Luca Marini (Mooney VR46 Racing)
15. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo)
16. Maverick Vinales (Aprilia Racing)
17. Raul Fernandez (Tech3 KTM)
18. Fabio di Giannantonio (Perlumbaan Gresini)
19. Takaaki Nakagami (LCR Honda)
20. Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing)
21. Remy Gardner (Tech3 KTM)

Kandas

– Andrea Dovizioso (DenganU RNF Yamaha)

– Jorge Martin (Perlumbaan Pramac)

Berikut adalah carta keseluruhan setakat ini sebelum perlumbaan di Argentina:

Maka tamatlah perlumbaan sulung MotoGP di litar Mandalika Indonesia yang baru dibina itu.