Mourinho Gunakan Budak Milo Untuk Sampaikan Arahan Taktikal

Jose Mourinho adalah pengurus yang sentiasa menganggap ballboy sebagai sebahagian daripada pasukan. Sudah beberapa kali dalam karriernya menjelaskan kepentingan ball boy atau budak milo.

Mourinho mengakui dia adalah budak milo yang baik ketika dia masih menjadi budak milo sewaktu kecil.

Dan terbaru Jose Mourinho, mempunyai cara bijak menyampaikan kertas arahan taktikal kepada pemainnya menentang Fiorentina.

Aksi AS Roma menentang Fiorentina pada kali ini sangat panas dengan menghasilkan dua kad merah.

Roma terpaksa tampil dengan 10 pemain dari minit ke-64 selepas Nicola Zalewski menerima kad kuning kedua.

Tiga minit sebelum masa biasa untuk separuh masa kedua tamat, Giallorossi sekali lagi kehilangan seorang pemain. Romelu Lukaku dilayangkan kad merah terus akibat terjahan berbahaya ke atas Christian Kouame.

Dengan hanya sembilan pemain, Jose Mourinho terpaksa memerah otaknya.

Sebab, ketika itu kedudukan terikat 1-1. Dia menghampiri budak bola yang berdiri di sebelahnya untuk memberikan sehelai kertas.

Kemudian budak bola itu berlari di belakang gawang Roma dan menyerahkan kertas kepada Rui Patricio. Ini kerana staf kejurulatihan pastinya dilarang untuk keluar daripada kawasan teknikal mereka dengan berada di belakang penjaga gol.

Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh kapten?

Mourinho mengarahkan Stephan El Shaarawy dan Edoardo Bove berdiri di tiang terdekat apabila Roma menerima sepakan sudut. Dia memerlukan pemain pertahanan yang berbadan besar untuk bermain man marking dengan lawan.

Detik itu benar benar dipuji netizen yang menyatakan Mourinho menunjukkan dia pengurus yang benar benar sanggup melakukan apa sahaja demi membantu pasukannya daripada kalah.

Dua pemain itu dikehendaki mengawasi kawasan tiang gol. Oleh kerana pendekatan itu AS Roma sekurang kurangnya tidak kalah dengan 9 pemain.

Selepas tamat perlawanan kem AS Roma memboikot media. Mourinho dilihat hanya lalu di hadapan wartawan. Sebelum ini Mourinho bercakap dalam sidang media dengan bahasa Portugis sepenuhnya. Dia menyindir, mungkin kerana bahasa Italinya tidak bagus maka Wartawan di Itali seringkali menulis konteks yang tak betul tentang apa yang dikatakannya.

AS Roma kini berada di tangga keempat. Jauh di belakang Inter yang berada di puncak liga. Namun AS Roma pastinya mahu mengutamakan kelayakan ke UCL musim hadapan sebagai misi mereka.

Baca yang lain