Nagelsmann Kehairanan: “Bila Masa Pula Saya Nakkan Abang Do?”

Pengurus Bayern, Julian Nageslmann hanya mampu tergelak kecil melihat rumors mengaitkan dia dengan Cristiano Ronaldo.

Bayern Munich secara rasminya menjual Robert Lewandowski ke Barcelona. Dan mereka terus dikaitkan dengan Ronaldo. Terutama sekali pemain itu dianggap paling cocok untuk menggantikan Lewandowski.

Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu ke Bayern Munich berbanding dengan kelab lain yang berminat ke atasnya. Setakat ini ada beberapa kelab dikaitkan dengan Ronaldo, termasuk Chelsea, AS Roma dan Napoli, dan sudah tentu Bayern. Tuchel baru baru ini dilaporkan tidak berminat dengan Ronaldo.

Bayern pula dirasakan memerlukan pemain itu. Bayern turut menepati semua kriteria dimahukan Ronaldo. Pasukan yang bermain di UCL, dan boleh dikatakan, 1 piala domestik dalam tangan setiap musim di Jerman.

The Times melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo telah meminta untuk dibenarkan meninggalkan Manchester United sekiranya kelab Liga Perdana Inggeris itu menerima ‘tawaran yang memuaskan’ dalam beberapa minggu akan datang.

The Times turut mendedahkan bahawa keputusan pemenang Ballon d’Or lima kali itu didorong oleh keinginan untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah pada baki kariernya.

Malah, Ronaldo, 37, percaya dia mempunyai ‘tiga atau empat tahun’ lagi untuk bermain di peringkat tertinggi.

Dengan penyerang berpengalaman itu menuju ke tahun terakhir perjanjian semasanya di Manchester United, masa depannya di Old Trafford telah di bawah spekulasi tidak menentu sejak kebelakangan ini. Ronaldo ditawarkan kepada juara Bundesliga itu oleh ejennya Jorge Mendes.

Perkara itu disahkan oleh laman sukan Jerman Sport1, yang mendakwa selepas perbincangan dalaman, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Oliver Kahn dan pengarah sukan Hasan Salihamidzic’.

Namun Bayern ketika itu menarik diri daripada rundingan rasmi kerana gaji Ronaldo terlalu tinggi. Ditambah pula, Julian Nagelsmann tidak menjadikan pemain seperti Ronaldo sebagai sasarannya.

Dan nampaknya ejen Ronaldo, Mendes telah mencari tempat lain juga. Bulan lalu, outlet Itali La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Mendes menawarkan Ronaldo kepada pasukan Serie A AS Roma, yang diuruskan oleh bekas bos dia di Real Madrid, Jose Mourinho.

Sumber yang setaraf Fabrizio Romano, David Ornstein juga mengesahkan laporan itu. Dia menyatakan bahawa Napoli antara kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat Ronaldo.

Namun laporan yang sama menyebut bahawa Manchester United ketika ini kekal dengan pendirian mereka bahawa Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual. Di mana United sedia mengekalkan pemain itu sehingga kontraknya tamat.

Ronaldo ke Bayern?

Jika diikutkan, Bayern pastinya akan mendapat pengganti terbaik untuk Lewandowski. Sebelum ini Bayern menolak idea mendapatkan Ronaldo kerana gaji dia yang sangat tinggi.

Tetapi perkara itu mungkin boleh diselesaikan jika Ronaldo menerima pengurangan gajinya. Pada ketika ini Ronaldo menerima GBP510k seminggu di Old Trafford. Menjadikannya penerima gaji tertinggi di EPL.

Nagelsmann juga akan memainkan peranan penting dalam perpindahan ini.

Nagelsmann kemudian tampil dengan kenyataan bahawa dia tidak berminat dengan Ronaldo. Dia tidak ada kaitan dengan sebarang berita tentang Ronaldo.

Christian Falk bertanya sendiri dengan Nagelsmann. Dan pengurus itu berkata: “Ya saya ada terbaca tentangnya juga, tapi itu tak benar.”

Nagelsmann menjadi manusia ketiga dari kem Bayer menafikan bahawa mereka mahukan Ronaldo selepas Oliver Kahn dan Salihadmidzic.

Dengan situasi semasa ini, Ronaldo dilihat bakal terus kekal di Manchester United. Dengan Erik Ten Hag sudah menegaskan dia benar benar mahukan pemain itu kekal.

Namun begitu ejennya masih berusaha untuk menawarkan pemain itu ke beberapa lagi kelab lain.

Baca yang lain