Nakamura Menceritakan Kegilaan Penyokong Reggina Apabila Pasukan Mereka Kalah

Itali memang negara yang sangat fanatik dengan bola sepak. Oleh itu, di Itali ramai pemain yang menyatakan, setiap kekalahan itu memberikan pelbagai tekanan.

Sebelum ini Radja Nainggolan pernah bergaduh di kelab malam, hanya kerana dia minum sampai lewat malam di situ.

Ketika itu Nainggolan masih berehat untuk pemulihan. Para peminat Inter menyuruhnya balik dan menjadi sebaiknya seorang atlet yang menjaga jadual tidur.

Memang dari sudut positif ianya membawa kebaikan kepada para pemain.

Nainggolan ketika itu bengang dilihat menunjukkan jari tengah kepada peminat yang menyuruhnya balik.

Nakamura kongsi cerita bersama Reggina

Bintang Jepun, Shunsuke Nakamura berkongsi detik beliau bermain di Serie A untuk kelab Reggina. Di mana Nakamura agak terkejut dengan budaya masyarakat di Itali dengan bola sepak.

Para peminat Reggina sangat prihatin ke atas prestasi pasukan mereka. Sampaikan ada yang menceroboh pusat latihan apabila pasukan mereka berderet kalah.

“Kami bermain untuk pasukan Regina, yang matlamat kami adalah untuk kekal di Serie A.”

“Apabila pasukan kami kalah tiga perlawanan berturut turut, akan ada penyokong yang pergi ke padang latihan dan mempersoalkan, apa yang sebenarnya kami sudah lakukan?”

“Jika kita keluar ke pasaraya, penyokong akan mencucuk belakang saya dan menyuruh saya pergi berlatih sekarang.”

Pengalaman itu bagi Nakamura agak unik kerana para pemain pastinya sedar  bahawa peminat mereka sentiasa memerhatikan gerak geri mereka.

Shunsuke Nakamura boleh dikira legenda dalam bola sepak profesional Jepun.

Dia terkenal dengan visi, sentuhan, rembatan lencong dan kemampuan bola mati yang sangat baik. Steve Perryman menyatakan Nakamura mengawa kaki kirinya sama seperti manusia lain mengawal tangan dominan.

Oleh itu Perryman pernah berkata: “Kamu berikan Nakamura tin kacang, dan dia akan membukanya dengan kaki kirinya.”

Nakamura memulakan karier profesionalnya dengan kelab Liga J1 Yokohama Marinos pada tahun 1997. Beliau membuat 338 penampilan liga. Tidak lama selepas itu, Nakamura bermain di Eropah bersama Espanyol, Celtic dan Reggina.

Semasa berada di Celtic, dia menjadi salah satu pemain Asia terbaik yang pernah bermain di Eropah; dia dicalonkan untuk Ballon d’Or 2007, memenangi anugerah Pemain Terbaik Scotland Association of Footballers Association dan Pemain Terbaik SFWA pada tahun 2007, dan menjadi pemain Jepun pertama yang menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara UEFA.

Nakamura sangat sinonim dengan Celtic. Kerana kemuncak kariernya adalah ketika di bumi Scotland.

Pencapaiannya di Celtic termasuk memenangi Liga Perdana Scotland pada tahun 2006, 2007 dan 2008, Piala Liga Scotland pada tahun 2006 dan 2009, dan Piala Scotland pada tahun 2007.

Nakamura bermain sebanyak 98 kali dan menjaringkan 24 gol untuk pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, termasuk penampilan di Piala Dunia FIFA pada tahun 2006 dan 2010.

Nakamura turut  membantu negaranya memenangi Piala Asia AFC pada tahun 2000 dan 2004; dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dalam pertandingan tersebut pada tahun 2004.

Baca yang lain