Nasi Dan Pagar Selatan Kecewa Peminat England Ejek Maguire

Pengurus pasukan England, Gareth Southgate dan pemain tengah harapan bangsa 3 Singa, Declan Rice tampil bersuara di atas apa yang menimpa Harry Maguire.

Gareth Southgate meluahkan rasa jijiknya kepada penyokong England yang mengejek Harry Maguire dalam kemenangan persahabatan 3-0 ke atas Ivory Coast. Pagar Selatan menggelar tindakan mereka itu sebagai “jenaka yang melampau”.

Pergelutan prestasi Maguire dengan Manchester United telah menjadi topik hangat dalam minggu rehat antarabangsa kali ini dan terdapat ejekan daripada seksyen penyokong apabila namanya dibacakan sebelum sepak mula, dengan lebih banyak ejekan ditujukan kepada pemain pada beberapa sentuhan pertamanya terhadap bola.

Pemain pertahanan itu tidak mengendahkan ejekan itu dengan mempamerkan persembahan yang kemasn, termasuk memainkan peranannya dalam dua gol pertama England.

Lantas Southgate tidak dapat menerima tindakan segelintir penyokong yang menyerang pemain sendiri di atas padang. Southgate menganggap ‘penderaan’ yang tidak boleh diterima.

“Saya fikir sambutan seperti itu adalah jenaka,” kata Southgate.

“Suatu jenaka yang mutlak. Saya tidak faham. Apa yang dia lakukan untuk kita [pasukan kebangsaan England] adalah luar biasa.”

“Kami sama ada semua yang ada di dalam ini bersatu atau tidak. Dia berbaju England dan bukan sahaja kamu perlu menyokong pemain berbaju England.”

“Apabila kamu telah bermain sampai ke tahap yang dia miliki dan mempamerkan persembahan yang dia ada, ianya dicapai dengan komitmen penuh.”

“Pasukan ini benar-benar bersatu dan kami menyedari setiap orang mempunyai saat sukar, dan dia akan melaluinya. Mereka adalah peminat sebenar England dan ada yang dipengaruhi oleh segelintir penyokong yang.. saya tidak tahulah, [mungkin] media sosial atau pandangan bekas pemain mempengaruhi pendapat mereka [penyokong].”

“Ia adalah tindakan yang tidak pernah diterima. Mengapa pemain itu akan bermain lebih baik? Ianya kerana sokongan daripada peminat. Maka peminat harus berada di belakang pasukan mereka.”

Southgate turut menzahirkan kebimbangan bahawa reaksi penyokong boleh memberi kesan yang lebih teruk.

“Jangan fikir beberapa pemain lain tidak akan melihat situasi itu dan berfikir: ‘Itu boleh terjadi kepada saya satu hari nanti’,” katanya lagi.

“Itu adalah salah satu masalah yang dihadapi pemain yang dengan bermain untuk England. Adakah ianya memberikan kebaikan kepada sesiapa – itu yang saya tidak faham.”

Jack Grealish, yang mencipta dua gol untuk Raheem Sterling, turut menyuarakan sentimen Southgate.

“Saya fikir ia tidak masuk akal,” katanya.

“Harry menunjukkan prestasi yang sukar dipercayai untuk negara ini dalam Piala Dunia, Euro, dia cemerlang. Saya rasa malam ini pun dia cemerlang.”

“Ia tidak menyenangkan untuk mendengar ejekan ke atas Harry dan seluruh pasukan tidak menyukainya sedikit pun.”

Seterusnya, Declan Rice memuat naik status di Twitternya dengan berkata: “Sememangnya sangat melakukan daripada mereka yang menge-boo [Harry Maguire] malam ini. Harry Maguire sangat luar biasa setiap kali dia menyarung jersi England.”

“Perkara ini sudah menjadi benar benar mengarut. Sokong pemain pemain kamu. Terutama sekali kejohanan major semakin hampir.”

Selain itu, kapten Liverpool, Jorda Henderson turut bersuara menyatakan sokongan tidak berbelah bagi semua pemain di kem England untuk Harry Maguire.

Henderson tak faham apa yang dah jadi? Pemain sendiri kena boo di gelanggang sendiri oleh penyokong sendiri.

Namun ada peminat Man United sendiri mengingatkan Jordan Henderson: “Kau tak berkongsi padang dengan Harry Maguire ni setiap minggu, boleh la kau sembang bukan bukan.”

Southgate sebelum ini sudah menyatakan pendiriannya tentang pemilihan Harry Maguire. Di mana menurutnya dia tak pernah terdetik dan terlintas untuk menggugurkan nama pemain itu kerana Maguire sentiasa tampil cemerlang bersama dengan 3 Singa.

Baca yang lain