Nasihat Gattuso Kepada Pirlo: “Habislah Kau Sekarang, Menjadi Pemain Dan Jurulatih Adalah Berbeza”

Gennaro Gattuso memberikan pandangan dan nasihat kepada jurulatih Juventus yang baru, Andrea Pirlo.

Beliau merasakan bahawa reputasi besar sebagai pemain tidak cukup untuk menjadi modal sebagai jurulatih.

Juventus secara rasmi melantik Andrea Pirlo sebagai jurulatih baru. Pirlo menggantikan Maurizio Sarri, yang dipecat setelah Old Lady disingkirkan oleh Olympique Lyon di Liga Juara-Juara.

Pirlo bukanlah nama asing bagi Juventus. Sebelum ini, beliau adalah pemain utama di lini tengah Bianconeri pada julat 2011-2016.

Pirlo merekodkan 164 penampilan dengan 19 gol dan 38 assist untuk Juventus. Beliau membantu memimpin pasukan Turin untuk merangkul empat gelaran Serie A.

Rekod cemerlang Pirlo sebagai pemain bukan sahaja di Juventus, tetapi juga di pasukan sebelumnya AC Milan. Pemain kelahiran Flero itu turut memimpin Milan merangkul dua gelaran Serie A dan dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Keputusan Pirlo untuk menerima tawaran untuk menjadi pelatih Juventus telah menarik perhatian Gattuso.

Gatuso merupakan salah seorang rakan yang paling rapat dengan Pirlo ketika mereka berdua bermain untuk AC Milan dan pasukan kebangsaan Itali.

Gattuso sendiri sudah memulakan karier kejurulatihannya dengan kini melatih Napoli. Sebelum ini beliau menguruskan AC Milan.

Gattuso memberikan nasihat kepada Pirlo.

Menurutnya, menjadi jurulatih tidak cukup hanya memiliki reputasi hebat seseorang sebagai pemain.

Oleh itu, beliau berharap Pirlo dapat terus belajar dan dapat mengatasi tekanan dalam profesion barunya.

“Ya, habislah dia sekarang… Itu tugasnya,” kata Gattuso mengenai Pirlo yang, dipetik daripada Football Italia.

“Dia bernasib baik kerana telah memulakan karier pengurusannya di Juventus. Namun, dalam profesion ini, memiliki latar karier bermain yang hebat tidak menmcukupi.”

“Anda harus bekerja keras sehinggakan tak cukup tidur.”

“Menjadi pemain dan jurulatih tidak sama. Kedua-dua profesion sangat berbeza. Anda tidak boleh mempelajarinya dari buku.”

“Anda harus berada di posisi itu dan bekerja keras. Ini dunia yang sangat berbeza,” kata Gattuso setelah Napoli tersingkir oleh Barcelona di Liga Juara-Juara.

Gattuso sentiasa mengagumi Pirlo sebagai seorang pemain. Di mana beliau pernah menyatakan ketika melihat Pirlo beraksi pertama kali, beliau hampir sahaja menukar profesion daripada pemain bola sepak.

Juventus membuat keputusan untuk memecat pengurus mereka Maurizio Sarri daripada jawatannya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh kelab menerusi satu kenyataan media rasmi. Ia sangat mengejutkan kerana Sarri baru sahaja memberikan kejuaraan Serie A untuk Juventus.

Namun mengambil kira cita cita Juventus yang mahukan UCL, Ianya mungkin alasan utama di sebalik semua itu.

Juventus mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kepada Maurizio Sarri.

Sarri memberikan kejayaan Serie A kesembilan berturut-turut untuk Juventus. Namun ia tak cukup untuk beliau terus kekal di Turin.

Pirlo kemudian dilantik menjadi pengurus baharu. Paratici menyifatkan Pirlo adalah orang yang tepat kerana memang dilahirkan untuk perkara yang hebat.

Pirlo, 41, telah menandatangani perjanjian dua tahun sehingga Jun 2022.

Bekas pemain tengah Itali itu baru sahaja dilantik sebagai pengurus kelab Bawah 23 tahun pada 30 Julai.

Juventus mengatakan keputusan untuk menaikkannya pangkat adalah “berdasarkan kepercayaan bahawa Pirlo memiliki apa yang diperlukan untuk memimpin dan memimpin Juventus ke arah kejayaan.

Pirlo bermain 164 perlawanan untuk Juventus antara 2011 dan 2015 dan memenangi empat gelaran Serie A di Turin setelah bergabung dari AC Milan, di mana dengan Milan beliau menghabiskan sebahagian besar kariernya dan memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara dan dua  kejuaraan liga.

Pirlo, yang memenangi 116 caps untuk Itali dan membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2006, bersara pada tahun 2017 setelah menghabiskan dua tahun di Major League Soccer di New York City FC setelah meninggalkan Juventus.

Setelah beliau dilantik sebagai bos bawah 23 tahun, Pirlo mengatakan beliau ingin menjalani “perjalanan” yang sama seperti bos Manchester City, Pep Guardiola dan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Guardiola dan Zidane melatih pasukan simpanan Barcelona dan Real Madrid, sebelum mengambil tugas sebagai pengurus pasukan utama. Namun Pirlo nampaknya lebih cepat.

“Tetapi anda perlu mendapatkannya, menimba pengalaman,” kata Pirlo.

“Jalan yang akan saya lalui adalah jalan yang tepat untuk saya.”

Pirlo bermain di Juventus bersama penjaga gawang Gianluigi Buffon, yang pada usia 42 tahun. Buffon kini lebih tua daripada bos barunya.

Adakah Pirlo akan berjaya memberikan impak segera? Sebagai tambahan, rakannya, Gennaro Gattuso sudah memiliki satu piala major dalam karier pengurusannya yang baru bertapak.

Di mana Gattuso membantu Napoli menjuarai Coppa Italia.

Baca yang lain