Nasser Khelaifi Bengang Dan Tetap Nak Jual Mbappe Kalau Dia Tak Lanjutkan Kontrak

Nasser Al Khelaifi benar benar marah dengan berita bahawa Kylian Mbappe dikatakan mahu menyertai Real Madrid.

Sebelum ini tular satu video menunjukkan Florentino Perez menjawab soalan peminat Real Madrid, di mana Perez menyatakan: “Ya Real Madrid akan sign Mbappe.”

Ianya dikaitkan dengan cubaan untuk mendapatkan Mbappe secara percuma selepas tamat musim 2023/24 yang akan datang.

Di mana ia boleh mempengaruhi Mbappe untuk tidak menandatangani kontrak baharu ataupun kekal di PSG menunggu sampai kontraknya berakhir 2024.

Mbappe menafikan dia mahu menyertai Real Madrid. Dan fokusnya adalah kekal di PSG sehingga kontraknya berakhir.

Seperti dinyatakan sebelum ini, Mbappe mengesahkan dia sudah menghantar surat peringatan kepada PSG bahawa dia tak akan melanjutkan kontrak setahun lagi sehingga 2025.

Walaupun diperkenalkan dengan jersi 2025 sebelum ini, namun kontrak Mbappe sebenarnya sampai 2024 sebagai tempoh wajib. Manakala setahun lagi adalah pilihan sama ada dia mahu terus kekal atau tak.

Mbappe menjadi teras projek sukan di PSG dan diberikan kuasa autonomi dalam beberapa perkara.

Inilah sebabnya kenapa Nasser Al Khelaifi sangat marah dengan Mbappe yang ibarat mempermainkannya.

Mbappe sudah menyatakan bahawa dia tidak pernah merancang untuk kekal di PSG lebih lama daripada 2024.

Fabrizio Romano menjelaskan situasi Mbappe di mana pemain itu sempat meminta maaf kepada Perez selepas dia tidak jadi sertai Real Madrid sebelum ini.

Perez masih berminat mendapatkan Mbappe. Situasi itu membuatkan PSG sangat tak selesa, kerana Florentino Perez seringkali bercakap tentang Mbappe yang merupakan pemain PSG.

Walaupun selepas Mbappe menyatakan dia tidak pernah memutuskan untuk menyertai Real Madrid, namun PSG tetap berpendirian sama, iaitu sama ada Mbappe melanjutkan kontrak baharu atau dia dijual serta merta.

Kelab itu tak sanggup kehilangan Mbappe secara percuma selepas membelinya dengan nilai mencecah €180 juta daripada AS Monaco.

Mbappe dianggap anak emas di PSG. Dia menjadi kesayangan penyokong dan juga pemilik kelab.

Dia turut dilantik menjadi kapten pasukan pada musim lalu.

Mendapat kelebihan yang dia mahukan, seperti menjadi pengambil sepakan penalti no.1 di kelab, merampasnya dari Neymar.

Mbappe juga seringkali dianggap pemain yang berdedikasi untuk PSG. Terutama sekali selepas dia menolak tawaran Real Madrid pada saat akhir.

Namun kini, situasinya agak berubah.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan