Netizen Iktiraf Achraf Hakimi Sebagai Lelaki Alfa Yang Terbaru

Nama Achraf Hakimi trending teruk di media sosial terutama sekali di Twitter.

Dan ramai mulai menggunakan perkataan seperti Hakimosly, merujuk kepada pemikiran di luar kotak seperti Hakimi yang sudah membuat persiapan awal sebelum badai tiba.

Kini ada yang menganggap Achraf Hakimi sebagai Alpha Male atau lelaki Alfa yang baharu.

Istilah yang digunakan kepada seorang lelaki yang sangat berpengaruh dan dipandang tinggi.

Seorang menulis: “Andrew Tate pun masih tak menang melawan Gretha Thunberg. Sedangkan Achraf Hakimi sudah menang menentang isteri dia sendiri tanpa mencuba sekalipun. Siapakah top G sekarang?”

Kisah Achraf Hakimi menjadi sorotan media. Apabila isterinya Hiba Abouk menuntut lebih separuh daripada hartanya selepas bercerai.

Isteri Achraf Hakimi iaitu  Hiba Abouk memfailkan penceraian dan menuntut lebih separuh daripada harta dan kekayaan pemain bola sepak Maghribi itu sebagai pembahagian harta sepencarian.

Namun usaha itu tidak menjadi seperti yang dirancangnya.

Hakimi dikenali sebagai salah seorang pemain dengan gaji tertinggi dalam Ligue 1, dia memperoleh lebih daripada 1 juta euro sebulan.

Oleh itu bekas isterinya akan menjadi jutawan dalam sekelip mata jika menerima separuh daripada harta Hakimi termasuk dalam bentuk wang.

Apabila tiba di mahkamah, mereka difahamkan Achraf Hakimi tidak mempunyai harta pada namanya dan tidak memiliki akaun bank yang ada berjuta juta euro,

Hal ini kerana, Hakimi meletakkan seluruh hartanya di bawah nama ibunya satu masa dahulu.

Difahamkan Hakimi hanya mengambil 10-20% daripada pendapatannya, dan selebihnya didepositkan ke atas akaun nama ibunya.

Kemudian semua aset rumah yang dibeli Hakimi juga diletakkan atas nama ibunya.

Ini bermaksud Hiba Abouk hanya akan pergi hampir dengan tangan kosong.

Hanya dengan budi bicara ibu Hakimi sahaja Hiba Abouk boleh mendapatkan sebahagian hartanya.

Ada yang menyatakan bahawa Hakimi telah mengajar lelaki di luar sana cara terbaik menjaga harta mereka daripada dikikis oleh wanita.

Antaranya adalah dengan dengan meletakkan harta atas nama ibu. Dan meletakkan diri sendiri hanya sebagai waris harta itu.

Ada wanita yang tidak selesa dengan cara Hakimi walaupun mengakui ianya tindakan bijak.

Namun sokongan kepada tindakan Hakimi itu berterusan.

Ada yang berseloroh menyatakan bahawa Hakimi dalam gambar ini sedang keluar daripada kereta mewah yang dibelikan oleh ibunya. Kerana Hakimi tidak ada wang yang banyak di dalam akaunnya.

Barry Roux berkata, secara teknikalnya, isteri Hakimi jauh lebih kaya daripadanya. Dan dia yang harus membahagikan hartanya dengan Hakimi dan membayar wang guaman. Harta harus dibahaginak 50/50. Isteri Hakimi adalah seorang pelakon dan model.

Barry menegaskan: “Tuan tuan dan puan puan! Inilah orangnya! Sang mitos! Sang legenda! Achraf Hakimi”

Peminat mungkin berbagi pendapat tentang siapa GOAT antara Messi dan Ronaldo. Namun harus setuju bahawa Hakimi adalah GOAT untuk semua.

Baca yang lain