Netizen Lancar Petisyen Singkir Ajai Selepas Komen Biadap & Bagi 2 Markah Je Kepada Peserta Big Stage

Lebih daripada 3,000 orang menandatangani petisyen dalam talian yang menuntut agar penyanyi Ajai tahun 90-an dikeluarkan dari panel hakim pertandingan nyanyian tempatan Big Stage selepas tayangan malam tadi.

Hakim selebriti berusia 45 tahun, dengan nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, memberi komen pedas dan dianggap biada kepada Hafiz Zainal.

Paling teruk, Ajai memberikan 2 dari 200 mata setelah memberitahu Hafiz bahawa lebih baik jika penyanyi itu pengsan di atas pentas daripada terus menyanyikan lagu Frank Sinatra – Fly Me To The Moon.

Ajai bengang dengan Hafiz yang sumbang ketika menyanyi dan menyembur peserta itu.

Netizen bengang

Beribu netizen yang menyokong Hafiz kemudian menuduh Ajai terlalu biadap dan poyo terhadap peserta dan meminta juri tersebut ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta.

“Markah paling sikit yang juri bagi dalam sejarah bigstage iaitu 2 markah dari juri bajet bagus Ajai. Aku je ke rasa Ajai ni mcm over gila. Hilang mood nak tengok,” tulis seorang pengguna Twitter @KroolNizam.

Ada yang menyatakan: “Lebih bagus kau saja yang pengsan kat situ.”

Ada juga yang mecadangkan Hafiz Zainal yang merupakan doktor gigi untuk mencabut semua gigi Ajai.

Tak kurang yang menyindir: “Adakah ini marketing untuk orang kecam dan tengok?”

Netizen lancar kempen Singkir Ajai

Petisyen mengeluarkan Ajai sebagai anggota Juri telah dilancarkan dalam talian menerusi portal Change.org.

Di mana orang ramai meminta rangkaian TV Astro memecat Ajai, dengan mengatakan bahawa tidak seharusnya mengaibkan peserta di kaca tv umum.

Petisyen itu dengan pernyataan:

Dear Ajai and Astro,

You judge an entertainment show lined up by new & young participants. What do you expect from them? An international standard performance in the first week? jokes on you. Ajai is the joke of the year.

You can educate your contestants but being way too critical IN THE FIRST DAMN WEEK is not IT SIR. Spitting facts is okay and educating is ok; but to the point you humiliate someone and make rude remarks is not okay  #BigStage2020

“awak pengsan lebih baik” is not educating

Choosing Ajai as one of the judge on singing competition is a big mistake. Remember what he did to Ernie Zakri? Don’t want banana to fruit two time!

#BigStage2020

Kepada Ajai dan Astro,

Korang menghakimi pertandingan huburan yang membariskan muka baru dan peserta muda. Apa korang harap daripada mereka? Persembahan standard antarabangsa pada minggu pertama? Korang ni kelakar. Ajai adalah kelakar paling teruk tahun ni.

Kamu boleh mendidik peserta tetapi telah menjadi terlalu kritikan pada MINGGU LAHANAT PERTAMA, bukan macam tu TUAN.

Tak salah nak sembur fakta dan mendidik, itu ok; tetapi untuk isu dia sekarang kau mengaibkan seseorang dengan label biadap itu tidak ok #BigStage2020

“Awak pengsan lebih baik” ini bukan ayat mendidik.

Memilih Ajai menjadi salah seorang juri pertandingan nyanyian adalah satu kesilapan. Ingat tak apa dia buat kat Ernie Zakri? Tak nak pisang berbuah dua kali!

Berdasarkan tinjauan, pungutan suara itu terus mendapat banyak tandatangan.

Setakat 6.30 pm hari ini sudah lebih 5,300 orang menandatanganinya.

Ada yang setuju dengan Ajai

Namun ada juga yang menyokong Ajai menyatakan dia seorang penerbit, komposer dan banyak lagi kepakaran dalam bidang muzik. So dia tahu la bagi markah.

Jadi kredibiliti Ajai memberikan markah adalah diperakui.

Lunn menyatakan dia percayakan Ajai telah melakukan tugasnya dengan baik. Jadi tiada masalah. Untuk dia memberikan 2 markah kepada penyanyi suara sumbang.

Respon daripada Hafiz Zainal pula, beliau menyatakan dia baik baik sahaja.

Maklumat ringkas tentang Ajai

Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia.

Anak kelahiran Masai, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1989 lagi sebagai pemain keyboard kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka.

Selepas keluar daripada Exists pada tahun 1997, Ajai kemudianya membina kerjaya sebagai penyanyi duet terkenal bersama isterinya pada ketika itu dengan gelaran Ajai & Nurul.

Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan komposer, beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2002 biarpun hanya tampil dengan satu single solo berjudul Bisikan Asmara pada tahun tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Industri Muzik.

Baca yang lain