Neville Kecam Man United Jual Elanga Yang Lebih Bagus Daripada Antony Dan Sancho

Gary Neville mengecam keputusan Manchester United untuk menjual Anthony Elanga selepas pemain sayap Nottingham Forest itu mempamerkan aksi memberangsangkan terhadap bekas kelabnya, dengan menjadi bintang Forest dalam kemenangan 2-1 semalam.

Pemain antarabangsa Sweden itu dianggap bukan pemain yang di dalam perancangan Ten Hag pada musim panas, lebih kepada lebihan pemain yang ada dengan lambakan pemain sayap mereka miliki. Terutama sekali selepas mereka mendapatkan Antony.

Elanga menjadi antara pemain yang beraksi dalam banyak perlawanan awal era Ten Hag. Malangnya pengurus United itu menyatakan Elanga tidak cukup bagus dan dia mahukan pemain yang lebih memahami taktikal berasaskan high pressing dan penguasaan bola.

Elanga, yang membuatkan Forest hanya berbelanja  £15 juta, telah menjadi nadi penting pasukannya musim ini. Antara pemain paling cemerlang di EPL.

United sebelum ini memutuskan untuk menjualnya kerana sudah ada bakat berkelas dunia seperti Antony dan Jadon Sancho. Lalu mereka membiarkan seorang graduan akademi pergi dengan bayaran yang agak sederhana.

Pemain antarabangsa England, Sancho telah menghabiskan sebahagian besar musim dalam buangan kerana enggan meminta maaf kepada pengurusnya.

Sementara itu, Antony hanya bertahan selama 54 minit di City Ground sebelum mengalami kecederaan dan menamatkan 2023 dengan hanya satu gol kelab untuk namanya setelah dibeli dengan nilai €100 juta.

Elanga, sebaliknya, memainkan peranan penting dalam kedua-dua gol Forest dalam kemenangan pertama Nuno Espirito di tempat sendiri.

“Anda perlu mempersoalkan bahawa dia lebih bagus daripada beberapa pemain sayap yang dia tinggalkan di kelab ini,” kata Neville kepada Sky Sports.

“Wang yang mereka belanjakan di posisi sayap. Sancho bernilai £70 juta, Antony £90 juta dan Elanga kosong [pemain akademi]!”

Elanga kelihatan meraikan kemenangan pasukannya. Ramai peminat percaya ianya kerana dia agak emosi memikirkan dirinya menjadi antara pemain buangan Erik Ten Hag di Old Trafford.

Elanga sendiri mengakui perlawanan ini adalah agak bersifat peribadi untuknya kerana dia mahu membuktikan bahawa dia boleh bermain di peringkat tertinggi.

Elanga setakat ini sudah menyumbang kepada 10 goal/ assist untuk pasukannya. Rekod yang jauh lebih baik daripada pemain seperti Rashford, Martial, Hojlund, Antony dan Sancho sendiri.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan