Newcastle Sedia Dapatkan De Gea, Peminat United Tak Suka Dengar Berita Itu

David De Gea kini berada dalam radar Newcastle. Ini selepas kecederaan terbaru di posisi penjaga gol melibatkan Nick Pope.

Pada Sabtu lalu, Newcastle turun berdepan dengan Man United, dengan 10 pemain cedera dan seorang digantung (Tonali).

Dan senarai kecederaan kini bertambah satu lagi dengan Nick Pope dikeluarkan pada minit akhir perlawanan ketika dia berjuang bermati matian menafikan percubaan United untuk membantu Newcastle menang 1-0.

Kini Eddie Howe tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkan De Gea untuk dibawa masuk ke kelab itu.

Sebelum ini De Gea tidak berminat menyertai kelab Inggeris yang lain. Tetapi ketika ini, pemain itu terus tidak ada kelab. Dia dianggap calon terbaik untuk ditandatangani Newcastle.

Howe akui situasi Nick Pope kelihatan tidak bagus. Dan itu satu satunya kekecewaan mereka di sebalik aksi cemerlang dan menang ke atas United.

Howe berkataL: “Itulah satu satunya kekecewaan pada malam itu. Nick kelihatan seperti dia terkehel bahunya. Perkara yang pelik, sungguh, kerana dia telah membuat lompatan seperti itu beribu-ribu kali.”

“Nampaknya mungkin lengannya terus bergerak, di atas padang yang lembap, dan bahunya telah terkehel dari sendinya. Kami perlu mendapatkan pendapat pakar dan kemudian melihat apa yang berlaku, tetapi ia tidak kelihatan baik.”

Dia menambah: “Terlalu awal untuk menyatakan (jangka masa). Dia mengalami kesakitan apabila bahunya terkehel dari sendinya. Kami masih perlu mendengar pendapat pakar tentangnya.”

Peminat Man United sedar bahawa Newcastle sedang mempertimbangkan De Gea dalam senarai mereka. Dan Mark Goldbridge berharap perkara itu tidak berlaku.

Ini kerana Newcastle pesaing utama ke slot UCL musim hadapan. Dan De Gea mungkin boleh menjadi duri dalam daging United dalam persaingan itu.

David De Gea merupakan penjaga gol terbaik EPL musim lalu. Memenangi anugerah Sarung Tangan Emas dengan 15 clean sheets. Namun dia gagal mendapatkan kontrak di Old Trafford selepas Erik Ten Hag mahu mencari penjaga gol ball playing yang lebih baik.

De Gea dianggap tipikal shot stopper klasik yang lemah dalam kawalan bola dengan kaki. De Gea sebelum itu yakin dia akan terus kekal di United kerana Ten Hag banyak kali memujinya. Malangnya itu tak berlaku dan dia digantikan dengan Andre Onana.

De Gea kini berstatus ejen bebas. Dan boleh ditandatangani secara percuma. Adakah Eddie Howe akan berjaya meyakinkan pemain itu datang ke Newcastle sekurang kurangnya untuk separuh musim ini?

Baca yang lain