Neymar Alami Kecederaan ACL, Rehat Panjang 7-9 Bulan

Al Hilal mengesahkan bahawa pemain bintang utama mereka Neymar, mengalami kecederaan ACL.

Neymar dikeluarkan awal pada aksi Brazil menentang Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan. Di mana Brazil kalah 2-0 di Uruguay.

Neymar kelihatan menangis ketika dia menahan kesakitan pada lututnya. Pemeriksaan lanjut dibuat dan pemain itu disahkan mengalami kecederaan ACL.

Neymar mungkin perlu berehat sehingga 7 atau 9 bulan. Dia perlu berdisiplin dalam proses pemulihan kecederaannya.

Neymar baru sahaja pulih beberapa bulan lalu daripada kecederaan buku lali yang mebuatkan dia berehat panjang selepas Piala Dunia 2022.

Kini dia harus berehat sekali lagi kerana kecederaan. Rekod kecederaan Neymar dalam beberapa musim ini sangat meresahkan. Musim lalu dia meluangkan kebanyakan masanya di pusat pemulihan kecederaan.

Dia sempat pulih sebelum Piala Dunia. Namun mengalami kecederaan buku lali serius sekali lagi ketika aksi kumpulan membuatkan dia direhatkan.

Neymar menjadi pemain termahal berpindah ke Arab Saudi. Di mana Al Hilal dilaporkan membayar yuran perpindahan sekitar €95 juta untuk membeli pemain itu dari PSG.

Dia merupakan ayam tambatan Al Hilal untuk menjadi juara Asia sekali lagi. Memandangkan kelab itu merupakan juara 4 kali ACL. Terbanyak dalam sejarah pertandingan.

Ini bukan berita yang menggembirakan Al Hilal yang turut mendapat tentangan sengit di liga domestik terutama sekali dari kalangan pasukan digelar big 4.

Brazil turut kehilangan Neymar yang merupakan pemain utama mereka. Neymar sebelum ini pernah bercadang untuk bersara selepas Piala Dunia 2022. Namun menarik balik niatnya kerana mahu mencuba untuk menjulang Piala Dunia pada kesempatan terakhir dalam kariernya.

Semoga cepat sembuh kepada Neymar.

Baca yang lain