Nike Gantung Tajaan Kayu Hijau Yang Kini Disiasat Polis Atas Tuduhan Memperkosa Dan Keganasan Domestik

Polis telah diberi lebih masa untuk menyoal siasat pemain Manchester United, Mason Greenwood yang ditahan kerana disyaki mer*gol dan menyerang secara fizikal pasangannya.

Pemain bola sepak berusia 20 tahun itu ditahan pada Ahad berikutan dakwaan di media sosial. Polis Greater Manchester (GMP) berkata Kayu Ijau akan kekal dalam tahanan untuk disoal siasat.

Manchester United sebelum ini berkata penyerang itu tidak akan kembali ke latihan atau perlawanan sehingga diberitahu kelak.

Greenwood masih tidak menjawab langsung tentang dakwaan media sosial itu. GMP berkata: “Detektif telah diberikan masa tambahan untuk bercakap dengan seorang lelaki berusia 20-an yang ditahan kerana disyaki mer*gol dan menyerang seorang wanita.

“Siasatan sedang dijalankan dan mangsa ditawarkan sokongan pakar.”

Pasukan GMP menambah: “Kami mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan sebarang ulasan atau perkongsian imej yang boleh menjejaskan hak mangsa untuk tidak mahu namanya disiarkan sepanjang hayat, atau berisiko menjejaskan penyiasatan secara langsung dengan prosiding aktif.”

Greenwood, yang membuat penampilan sulung untuk kelab itu pada Mac 2019, menandatangani perjanjian empat tahun pada Februari 2021 selepas naik pangkat dari akademi.

Manchester United berkata pada hari Ahad kelab itu “tidak akan membenarkan apa-apa jenis keganasan” dan telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu di media sosial tetapi tidak akan membuat ulasan lanjut sehingga “fakta telah dipastikan”.

Nike turut mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan: “Kami telah menggantung hubungan kami dengan Mason Greenwood. Kami amat prihatin dengan dakwaan yang membimbangkan itu dan akan terus memantau keadaan dengan teliti.”

Sekiranya didapati bersalah, Nike pastinya akan mengambil langkah untuk menamatkan kerjasama dengan Mason Greenwood. Di mana Nike

Greenwood memohon maaf selepas digugurkan oleh pengurus England Gareth Southgate kerana melanggar protokol kuarantin semasa menjalankan tugas antarabangsa di Iceland pada September 2020.

Sebulan kemudian, pengurus United pada masa itu, Ole Gunnar Solskjaer, mempertahankan Greenwood di tengah-tengah spekulasi media bahawa dia beberapa kali datang lewat untuk latihan.

Namun selepas itu terdapat laporan menyatakan Ole Gunnar Solskjaer mahu menjual pemain tersebut. Namun tidak dibenarkan kelab yang sedia menjadikan Greenwood sebagai bintang utama mereka di masa depan.

Greenwood seringkali merasakan dirinya sebagai bintang penting Man United terutama sekali prestasinya yang memuncak ketika kelab bergelut dengan prestasi. Dan kemudian membantu Man United menamatkan musim lalu di tangga kedua liga.

Namun ternyata perjalanan kariernya masih panjang.

Greenwood baru sahaja menandatangani kontrak baharu pada musim lalu dengan menerima gaji GBP75,000 seminggu di Old Trafford dan menjana keuntungan menerusi tajaan peribadi oleh Nike.

Kini Greenwood sedang ditahan polis. Dan jika bersalah dia akan disumbat ke dalam lokap kerana kes pemerkosaan dan keganasan rumah tangga. Ya kat sana dipanggil rumah tangga la, walaupun tak kawin. Sebab mereka ada istilah spouse yang terpakai juga kepada lelaki dan wanita yang tinggal sebumbung dan pasangan hidup.

Sebelum ini ayah kepada Harriet Robson tampil mempertahankan Greenwood yang menurutnya dia sudah anggap seperti anak dia sendiri dalam keluarganya.

Kenyataan ayah Harriet mengejutkan

Menurut ayahnya, Harriet tidak mahu mendedahkan video itu kepada umum. Namun ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam telefon anaknya dan menyebarkan video serta gambar gambar di dalamnya.

Ayah Harriet berkata: “Pertama kali kami tahu benda ni pada pukul 6 pagi ini. Ianya sangat mengejutkan. Saya nak jelaskan semua ini.”

“Sebagai ayah, kamu tidak mahu tahu kalau benda benda macam ni berlaku kat anak gadis kamu. Polis sudah datang dan dia sudah pun membuat kenyataan kepada polis.”

“Harriet memberitahu kami bahawa telefon pintarnya sudah digodam. Kami sudah meminta Harriet untuk menurunkan video tersebut, dan dia sudah melakukannya. Sayang semuanya sudah terlambat, kerana ianya sudah pun tular dengan meluas.”

“Harriet sangat kecewa kerana dia tak mahu perkara tersebut tersebar. Kita kenal dia [Mason Greenwood] sejak dia bermain untuk B-21 lagi. Dia sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami selama 2 atau 3 tahun.”

“Hubungan percintaan mereka tidak begitu bagus dalam beberapa bulan ini. Dia [Harriet] sangat sangat kecewa dengan semua yang berlaku. Mereka berdua saling sangat mencintai dan sudah tinggal bersama. Kini polis sedang mengendalikan kes ini.”

Manchester United sudah mengeluarkan kenyataan bahawa, Mason Greenwood akan digantung seketika daripada tugasannya sehingga dia diberitahu kelak.

Netizen sangat kecewa dengan kenyataan ayah Harriet yang menurut mereka seperti seorang pengecut. Sudah terang terang anaknya diserang dan dipaksa melakukan hubungan kelamin. Tetapi dia masih memikirkan bahawa Greenwood sebagai sebahagian keluarganya. Adakah dia lebih mementingkan wang?

Ada juga yang menyatakan bahawa, persekitaran Harriet sekarang langsung tidak menunjukkan dia berada di lingkaran yang betul berkaitan dengan keganasan domestik.

Wangui kecewa kerana uncle Robson masih memihak kepada pendera anaknya.

Ramai lagi mengecam kenyataan tersebut dan kecewa kerana ianya keluar daripada mulut seorang ayah. Seolah olah dia tak mahu kehilangan keistimewaan hak duduk dalam anjung koporat di Old Trafford.

CTG berkata: “Lelaki ni  lebih kisah tentang menjadi ayah kepada teman wanita Greenwood berbanding menjadi ayah kepada Harriet. Jantan dayus.”

Ada juga yang berpandangan, mungkin sebelum ini Harriet sudah pernah memberitahu ayahnya perkara itu, namun ayahnya meminta Harriet mendiamkan diri dan jangan mendedahkan kepada sesiapa. Kerana memikirkan bahawa kehidupan mereka sekarang dilimpahi wang dan kemahsyuran.

Baca yang lain