Salah seorang legenda gusti yang paling disegani, The Undertaker telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia gusti professional.
Setelah tiga puluh tahun beliau bergusti dan menghiburkan para peminat, The Phenom akhirnya memutuskan untuk mengundurkan diri dari dunia gusti professional.
Taker dianggap sebagai salah seorang penggusti terhebat sepanjang zaman di WWE, dan beliau telah mengumumkan persaraannya secara rasmi di acara Survivor Series kemarin.
I want to say that thank you undertaker you’ve been an awesome WWE wrestler since in the past, and thanks for your greatest memeories that you earn. #ThankYouTaker pic.twitter.com/esTGw4XyqI
— Speedy Myers 🎃🔪 (@speedy102501) June 22, 2020
Beliau turut mengungkapkan hal yang sama ketika dalam satu temu bual bersama ESPN dengan menyatakan:
“Dalam fikiran saya, saya 100% sudah selesai. Saya sudah boleh terima kenyataan dan saya sudah tenang dengannya.”
“Saya masih ada minat untuk melakukan ini. Saya sangat cintakannya. Tetapi dari segi fizikal, seandainya saya boleh melakukan ini buat selama-lamanya, saya akan lakukan. Saya sangat menikmatinya. Tetapi kita tidak mungkin boleh melawan takdir.”
“Secara fizikalnya saya bukan berada di mana saya boleh kembali lagi dan menjadi Undertaker seperti dulu, menjadi The Undertaker yang mana orang sanggup mengeluarkan duit untuk lihat saya bergusti.”
The Undertaker Retires from WWE After 30 Years with Fire, Explosions & Hologram! https://t.co/yrf5Pb47Cu
— TMZ (@TMZ) November 24, 2020
“Secara fizikalnya saya memang sudah tidak mampu walau saya benar-benar mahu meneruskan.”
Menurut sumber laporan dari Sportskeeda, Undertaker menerima $17 juta pada tahun 2020 hanya untuk 10 penampilan sahaja di semua acara WWE.
Selain dari itu, beliau turut menerima tambahan lagi $5 juta dari beberapa penampilannya di acara TV yang lain.
Nilai $17 juta dan $5 juta itu tidak termasuk dengan tajaan, iklan, poster, pendapatan tambahan dan lain-lain.
Selain pendapatan dari gelanggang, Taker juga turut memperoleh pendapatan dari pelaburan luar yang bernilai $2.7 juta.
Ight I can't do this no more. I hurt myself inside by disrespecting one of the Greatest of all time.
Thank you Undertaker for everything. A once in a lifetime career that will forever be remembered.
You can now rest, King 🙏#ThankYouTaker pic.twitter.com/UcPOrXiQGO
— IBeast (@x_Beast17_x) November 22, 2020
Begitulah nilai pendapatan yang beliau terima untuk tahun 2020 ini dan nilai tersebut merupakan nilai rasmi yang diketahui, pendapatan sampingan seperti review product atau lain-lain tidak dicampur.
Majlis perpisahan The Undertaker turut dihadiri oleh beberapa penggusti legenda seperti Shane O’Mac, Mick Foley, Shawn Michaels, JBl, Jeff Hardy, Rikishi, Kevin Nash, Savio Vega dan saudaranya, Kane.
Selepas secara rasminya bersara, The Phenom boleh lah meluangkan masa bersama isterinya yang tercinta, Michelle McCool.
Selepas mengetahui nilai pendapatan yang beliau terima, pastinya The DeadMan bakal menjalani hari persaraannya dengan sangat tenang.