Nota Khas: Hari Kemahkotaan Liverpool

Liverpool akan dimahkotakan dengan pingat Liga Perdana Inggeris pada hari ini.

Ia kejuaraan yang istimewa. Kerana ia menandakan berakhirnya satu penantian dan bermulanya satu chapter yang baharu.

“Beberapa minggu lalu kita tak tahu pun akan akan berlaku, sama ada liga ini akan diteruskan ataupun sebaliknya,” jelas Klopp dalam sidang media ketika liga disambung.

Liverpool musim ini sangat luar biasa. Berjaya menewaskan kesemua pasukan yang ada di dalam liga musim ini.

Pada satu ketika menjarakkan diri sehingga 25 mata sesorang di singgahsana liga.

Semua pemain memberikan komitmen luar biasa.

Ia akan menjadi kejuaraan yang bakal diingati. Musim bola sepak terkesan dengan pandemik yang melanda dunia.

Liverpool akan meraikan kejuaraan tanpa jeritan penyokong dalam stadium. Namun tak mengapa, semangat itu sentiasa ada bersama pasukan.

Malam ini juga merupakan kali keenam daripada tujuh Liverpool menerima Guard Of Honor. Terbanyak diterima sebuah pasukan juara dalam semusim.

Ini selepas Liverpool mencipta rekod baharu sebagai pasukan paling awal mengesahkan kejuaraan dari segi baki perlawanan, dan pasukan paling lewat mengesahkan kejuaraan dari segi tarikh. Unik kan?

Kelab istimewa ini sentiasa ada penyokong bersamanya. Laungan You’ll Never Walk Alone terus bergema.

Ketika Liverpool kemarau EPL pun peminat terus bertambah, inikan pula selepas kejuaraan ini.

Ianya satu perjalanan sangat panjang untuk sampai ke sini.

Ramai pemain dan pengurus sudah mencuba untuk memberikan kejuaraan liga kepada peminat namun mereka tidak berjaya.

Sehinggalah Liverpool didatangi insan bernama Jurgen Klopp. Pengurus yang membina empayar di Borussia Dortmund.

Datang ke England dan mengambil tugasan di Anfield. Beliau sangat arif tentang budaya dan sejarah Liverpool.

Membentuk pasukan ikut kepala dia sejak dia tiba.

Klopp menganggap kejuaraan Liverpool ini adalah istimewa. Liverpool berjaya memenangi salah satu piala paling berprestij di Eropah.

Beliau mengesahkan Jordan Henderson akan terus menjadi insan yang akan menjulang piala pada hari ini walaupun pemain itu cedera.

Frank Lampard memberitahu kepada pasukan generasi baharu Chelsea bahawa mereka perlu menjadikan Liverpool sebagai inspirasi mereka. Terutama sekali pada hari ini Chelsea akan menjadi saksi Liverpool menjulang piala.

Klopp gembira kerana para pemainnya sudah menyelesaikan urusan kejuaraan lebih awal.

“Saya rasa ia akan menjadi salah sebuah sejarah besar dalam bola sepak.”

“Jika ada orang kata kat saya, kamu boleh menjadi juara dan kamu pilih nak juara dengan pasukan mana? Jawapan saya adalah Liverpool.”

Peminat Liverpool terutama sekali di Malaysia pastinya gembira dengan kejuaraan ini. Ianya istimewa.

Inilah masa untuk kenang kembali bila dan kenapa korang sokong Liverpool?

Ingati wajah rakan rakan anda masa di kolej yang sama sama pergi kedai mamak tengok game Liverpool.

Ingati ayah atau abang korang yang mungkin peminat pasukan yang sama dengan korang.

Mungkin mereka juga sudah tiada pada hari ini. Semangat YNWA tetap bersama kita semua.

YNWA.

Salam juara.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.