Obi Mikel: “Hazard Pemain Paling Malas Dan Kuat Makan”

John Obi Mikel, boleh dianggap sebagai salah seorang legenda Chelsea. Dia telah bermain untuk Chelsea selama 11 musim dari 2006 hingga 2017.

Dan terbaru, dia memberikan temu bual kepada stesen radio Dubai Eye dan mengimbas kembali tentang masanya di London, di mana dia bermain bersama Eden Hazard, antara yang lain.

Bekas pemain antarabangsa Nigeria itu, yang bersara daripada bola sepak pada 2021, bercakap tentang interaksi sehari-harinya dengan penyerang Belgium itu dan dia mendedahkan Hazard merupakan pemain bola sepak yang paling malas dia pernah temui. Mikel juga mendedahkan bahawa Eden Hazard pemain yang kuat makan terutama sekali makanan ringan yang tidak sihat.

Ketika di Chelsea, dia tidak begitu bersungguh sungguh dalam soal latihan. Namun menariknya, pada hari perlawanan, dia akan memenang Man Of The Match.

Mikel sendiri hairan melihat bakat yang luar biasa pada Hazard. Dia seorang yang sentiasa santai dan tidak bersungguh sungguh.

“Eden Hazard ialah pemain bola sepak paling malas yang pernah saya lihat… tetapi pada hari permainan dia akan memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan”.

Mikel mengakui bahawa Hazard tidak perlu berlatih di peringkat tertinggi untuk menjadi pemain terbaik pada mana-mana hari perlawanan tetapi tidak kagum dengan diet bintang antarabansa Belgium itu:

“Malam sebelum perlawanan, dia akan duduk selama 20 minit atau setengah jam makan puding nasi selepas makan malam. Dia suka dengan makanan.”

Pernah sekali ketika dia di Lille, Hazard pernah mabuk sepanjang malam. Dan hari berikutnya dia beraksi dalam keadaan kepalanya masih berat, dan dia tetap menang MOTM.

Mikel berkata walaupun tidak ada perdebatan bahawa penyerang Real Madrid itu sangat berbakat mempunyai banyak kebolehan, namun dia percaya bekas rakan sepasukannya boleh menjadi pemain yang lebih baik jika dia berusaha lebih dalam latihan untuk memperbaiki permainannya.

Apa yang dikatakan Mikel itu mungkin betul. Hazard bergelut mengekalkan kecergasannya pada tahap tertinggi selepas dia menjengah usia 30 tahun.

Dia menyertai Real Madrid dengan nilai lebih €110 juta dibayar kelab itu untuk pemain yang masa itu, tinggal enam bulan sahaja boleh ditandatangani secara percuma.

Sejak menyertai Real Madrid Hazard sudah tidak seperti dulu.

Malah pada awal kariernya di Real Madrid dia sudah membuatkan Zidane tidak gembira kerana berat badannya yang berlebihan terutama sekali selepas pra musim.

Hazard diarahkan menurunkan berat badannya. Namun pemain itu bergelut melakukannya kerana tabiat pemakanannya. Terutama sekali ketika musim pandemik di mana dia tinggal di rumah untuk lockdown.

Hazard sendiri mengakui dia sukar mengawal tabiat pemakanannya yang buruk ketika di rumah. Dia suka memakan apa sahaja di dapurnya.

Kini Hazard sedang dalam fasa akhir kontraknya di Real Madrid. Tidak ada tanda tanda kelab itu akan melanjutkan kontrak pemain itu.

Malah dia dianggap pembelian yang merugikan kelab. Walaupun pada ketika dia di Real Madrid kelab itu memenangi pelbagai piala termasuk UCL, La Liga dan Piala Dunia kelab. Tetapi peranannya dalam pasukan sangat terhad dan tidak menonjol.

Baca yang lain