Oliver Kahn: “Bayern Tak Minat Beli Ronaldo Kerana Tak Sesuai Dengan Falsafah Kelab”

Presiden Lembaga Pengarah Bayern Munich, Oliver Kahn, mengesahkan bahawa kelab mereka tidak berminat mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Walaupun dia secara peribadi mengakui sangat meminati pemain terebut.

Menurut Kahn, Ronaldo tidak sesuai dengan idea Bayern Munich. Dari segi ekonomi dan taktikal serta dari segi perancangan jangka panjang.

Bayern menganggap Ronaldo terlalu mahal dari segi gaji. Sedangkan dia sudah berusia 37 tahun.

Ronaldo masih gagal mendapatkan kelab baharu selepas dia menghantar transfer request kepada Manchester United.

Bayern Munich antara kelab yang hangat dikaitkan dengan Ronaldo, lebih lebih lagi kelab tersebut baru menjual Robert Lewandowski ke pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona.

Ronaldo dianggap pengganti ideal untuk mencetak gol yang banyak seperti dilakukan Lewandowski setiap musim.

Kahn menegaskan bahawa beliau tidak pasti kalau pembelian Ronaldo akan memberikan kebaikan kepada Bayern atau kepada Bundesliga semata mata.

Hal ini kerana Ronaldo pastinya akan menarik publisiti yang kuat untuk penonton menyaksikan Bundesliga.

Malangnya, menurut Kahn, mereka belum bersedia mengorbankan DNA bola sepak mereka semata mata mahu membantu liga meraih publisiti. Dan Bayern tidak mendapat manfaat lebih besar daripadanya.

Namun Kahn berkata: “Saya sangat menyukai Cristiano Ronaldo, pemain luar boasa namun setiap kelab ada filosofi mereka tersendiri. Dan saya tak pasti, adakah ianya isyarat yang tepat kepada Bayern dan Bundesliga jika kami menandatangani dia sekarang?”

“Perpindahan semacam itu tidak begitu sesuai dengan idea kami.”

Ronaldo masih belum menyertai kem pra musim Manchester United. Erik Ten Hag sudah menyatakan bahawa dia tak mahu menjual pemain tersebut. Dan sudah tak sabar mahu melihat Cristiano Ronaldo bergabung dengan pemain pemain lain untuk persiapan pra musim.

Baca yang lain