Onana Setuju Syarat Sertai Manchester United

Andre Onana dilaporkan sudah setuju dengan syarat peribadi kontrak yang ditawarkan Man United kepadanya.

Kini tinggal proses untuk kedua dua kelab mencapai kesepakatan dalam harga.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Andre Onana setuju dengan kontrak 5 tahun ditawarkan oleh Man United.

Seperti biasa, Man United biasanya akan meletakkan tahun terakhir itu sebagai opsyen untuk dilanjutkan. Bermakna 4 tahun wajib.

Rundingan di antara kedua dua kelab dilaporkan berada dalam landasan sangat baik dan positif.

Man United sebelum ini membuat bidaan €45 juta yang ditolak oleh Inter yang berkeras meminta €60 juta.

Namun United menawarkan harga lebih baik bernilai €50 juta dengan struktur €45+5 juta.

Gianluca Di Marzio percaya, Inter Milan sedia untuk menerika pakej €55 juta unuk pemain itu.

Man United benar benar berharap perjanjian ini akan dimeterai segera agar Andre Onana akan dapat menyertai mereka dalam pra musim di Amerika Syarikat.

Andre Onana menjadi sasaran utama Erik Ten Hag memandangkan penjaga gol itu sesuai dengan sistem permainan binaan serangan dari belakang.

Onana adalah ball playing keeper yang pernah bekerjasama dengan Ten Hag ketika di Ajax satu ketika dahulu.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah