Oscar Nak Buang Kewarganegaraan Brazil Demi Mewakili China

Bekas pemain Chelsea Oscar menyatakan beliau sedia untuk menyerahkan kewarganegaraan Brazil beliau dan memohon bagi mewakili negara China dalam bola sepak.

Oscar sudah jatuh hati dengan China dan sanggup untuk menukar kewarganegaraannya demi untuk membolehkannya mewakili China.

Oscar tiba di China pada Januari 2017 untuk menyertai kelab Chinese Super League iaitu Shanghai SIPG dengan nilai perpindahan sekitar £60 juta.

Sejak hari itu Oscar menikmati karier yang indah di China. Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini sudah diberikan amaran oleh jurulatih Brazil, bahawa beliau meletakkan karier kebangsaan Brazilnya dalam risiko.

Oscar menjawab, beliau sanggup untuk tidak memenangi Piala Dunia demi wang yang ditawarkan kepadanya di China.

Kerana menurut Oscar, Piala Dunia tidak akan memberikan keluarga beliau makan buat selamanya, sebaliknya wang yang beliau dapat di China boleh membantu mereka.

Oscar kini sudah menjaringkan 24 gol daripada 79 penampilan selepas 3 tahun di negara China.

Oleh sebab itu beliau sudah merasakan China ibarat rumah baharunya dan mahu menukar kewarganegaraannya.

“Dah tentu saya ada memikirkannya. Kerana sukar untuk pergi ke skuad kebangsaan Brazil sekarang ini, kerana saya ada di sini.”

“Namun di China, semua orang di sini menyaksikan sendiri betapa bagusnya saya bermain.”

“Pasukan kebangsaan China memerlukan seorang pemain tengah yang bagus, rasanya saya boleh membantu mereka menyelesaikan masalah itu.”

“Itupun jika peraturan berubah.”

“Saya sukakan China, namun pemain yang pergi ke China untuk menukar kewarganegaraan, mereka juga boleh melakukannya dengan lebih baik.”

Menurut Hulk, Oscar meninggalkan Chelsea kerana beliau.

Hulk berkata: “Saya bercakap dengan Oscar tentang Shanghai SIPG sebelum beliau memutuskan untuk datang ke sini.”

“Saya menceritakan keindahan kota Shanghai. Kelab ini hebat dan kami akan menjadi lebih baik pada tahun tahun akan datang.”

“Saya juga memberitahu bahawa rakan sepasukan saya di sini semuanya sangat ramah, yang membuatkan kamu terasa sangat dialu alukan.”

“Selepas mendengar saya bercerita, dia pun datang ke sini.”

Boleh ke Oscar bermain untuk China?

Jawapannya mudah, tak boleh!

Seperti yang Oscar cakap di atas, perkara itu hanya akan berlaku jika peraturan FIFA berubah.

Ini kerana Oscar sudah bermain perlawanan kompetitif dengan Brazil.

Menurut peraturan dalam FIFA, pemain tidak boleh menukar kewarganegaraan mereka untuk mewakili negara lain selepas bermain perlawanan kompetitif.

Oscar membuat 47 penampilan untuk Brazil sejak 2011.

Selepas debut untuk Selecao pada 2011, Oscar menjadi antara pemain penting Brazil. Malah digelar sebagai pengganti kaka.

Beliau turut terlibat dalam Piala Dunia 2014 yang dianjurkan di negaranya.

Selepas beliau menyertai kelab China, nama beliau tak pernah dipanggil. Kerana Brazil terlalu ramai bakat yang berkelas dunia.

Jadi untuk Oscar mencapai cita citanya bermain untuk China, beliau perlu berharap FIFA menukar peraturan pendaftaran pemain mereka.

FIFA ni boleh tahan juga kekadang hal tukar menukar peraturan ni.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan