Pada Februari, Kane Mahu Tahu Adakah City Masih Berminat Dengannya

Pada pra musim 2021/22, Harry Kane dikaitkan dengan Manchester City. Malah pada akhir musim 2020/21 Kane dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Spurs dalam aksi terakhir mereka di tempat sendiri pada masa itu.

Kane dikatakan menagih semula janji Daniel Levy. Di mana Levy menyatakan bahawa dia akan melepaskan Harry Kane ke kelab lain jika Spurs gagal memenagi trofi dalam masa 4 tahun. Ikrar itu dibuat ketika Levy memujuk Kane menandatangani kontrak baharu.

Namun malangnya, Levy menolak untuk melepaskan Kane. Ini kerana Levy enggan menjual Kane kepada mana mana kelab di England yang menjadi pesaing terus kepada Spurs dalam pemburuan piala ataupun ke UCL.

Levy menegaskan kepada Kane, dia terbuka untuk menerima bidaan daripada kelab luar yang lain. Tetapi masih perlu menuruti tanda harga dimintanya iaitu £100 juta.

Levy dikenali dengan sikapnya yang sukar untuk berunding apabila dia sudah menyatakan ‘Tidak!’.

Manchester City yang terus berusaha mendapatkan Kane telah menawarkan harga yang sangat tinggi untuk pemain tersebut. Kane pada masa yang sama dikatakan menghantar transfer request untuk menyertai City.

City pada satu ketika menawarkan £127 juta untuk membeli Harry Kane. Tetapi Levy kekal dengan keputusannya.

Kane hanya mahu ke Manchester City menyertai Pep Guardiola. Ini selepas pengurus asal Sepanyol itu menjanjikan Kane tempat dalam pasukan utamanya.

Ketika itu City baru kehilangan Sergio Kun Aguero. Guardiola sudah lama meminati Harry Kane.

Akhirnya City akur dan melupakan Harry Kane. Kapten antarabangsa England itu dikatakan sangat kecewa. Ianya juga dikatakan telah mempengaruhi prestasinya pada awal musim.

Namun kehadiran Antonio Conte membuatkan Kane kembali semula ke prestasi terbaiknya.

Ejen Kane mahu City membida Kane sekali lagi

Dilaporkan pada Februari 2022, ejen kepada Harry Kane telah menghubungi Man City. Ketika itu  Manchester City mulai dikaitkan dengan Erling Haaland. Ianya selepas pengerusi Borussia Dortmund, Watzke mengesahkan bahawa Haaland akan pergi pada akhir musim 2021/22.

Ejen Kane bertanya kepada City tentang minat kelab itu kepada Kane kerana, ketika rundingan mendapatkan Kane berakhir, City telah menyatakan bahawa mereka akan terus memburu semula Harry Kane pada musim baharu dengan harga lebih murah.

Ejen Kane mahukan kepastian adakah Manchester City masih berminat dengan Harry Kane?

Malangnya, Man City telah menolak sebarang usaha untuk mendapatkan Harry Kane.

Jadi segalanya sudah jelas di depan mata, bahawa Manchester City tidak lagi berminat dengan Harry Kane.

Man City sudah lupakan Kane dan memburu Erling Haaland yang lebih muda dan lebih murah

Mereka malah memberitahu Harry Kane dan ejennya bahawa mereka menumpukan sepenuhnya usaha untuk mendapatkan Haaland dengan nilai jauh lebih rendah iaitu £57 juta.

Kenapa murah sangat? Ini kerana bekas ejen Haaland, mendiang Raiola telah memasukkan klausa mampu milik itu sebagai salah satu syarat yang harus dipersetujui mana mana pasukan yang mahukan Haaland ketika pemain itu di RB Salzburg.

Itulah sebabnya Manchester United menarik diri daripada mendapatkan Haaland walaupun Ole Gunnar Solskjaer sudah bercakap sendiri dengan pemain itu.

City meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka yang keempat dalam masa 5 musim terakhir.

Mereka akan menerima kemasukan Haaland ke dalam pasukan bagi musim baharu. City juga kemungkinan besar akan kehilangan Gabriel Jesus.

Harry Kane pula dijangka akan terus kekal bersama Spurs dan menandatangani kontrak baharu. Perkara itu diyakini sendiri oleh pengurus pasukan iaitu Antonio Conte.

Kane juga dikatakan yakin dengan projek Spurs di bawah kendalian Conte.

Baca yang lain