Palyer Power! Benzema Buat Hal Lagi, Kali Ini Ponteng Latihan Pra Musim

Legenda Real Madrid, Karim Benzema buat hal lagi. Kali ini dia tidak melapor diri untuk latihan pra musim Al Ittihad.

Ianya memaksa Marcelo Gallardo mengecualikan nama pemain itu daripada aktiviti pra musim di Dubai.

Benzema telah AWOL sejak 30 Disember lalu lagi. Di mana selepas kalah di tangan Al Nassr 5-2.

Benzema sangat kecewa ketika itu dan terus meninggalkan pasukannya tanpa memberitahu sesiapa di kelab itu.

Benzema dikatakan telah meninggalkan Jeddah dan tidak berlatih untuk sesi latihan menjelang aksi menentang Al Tai.

Gallardo memutuskan untuk berdiam diri ketika ditanya tentang perkara itu.

Dan kini Gallardo sekali lagi memberikan layanan khas kepada Benzema dengan mengecualikan nama pemain itu daripada latihan pra musim walaupun semua pemain sudah diberitahu untuk wajib melapor diri.

Tetapi Benzema adalah bintang besar yang terpaksa diberikan layanan berbeza.

Ini bermakna Benzema masih belum berlatih sejak akhir tahun lalu. Peminat Al Ittihad dan media Arab Saudi mengecam tindakan Benzema.

Ini juga bukan pertama kali Benzema buat hal. Sebelum ini dia mengancam tidak mahu bermain kerana tidak berpuas hati dengan taktikal Nuno Espirito Santo.

Ianya telah membuatkan terdapan laporan bahawa kelab sedia memecat Nuno Espirito yang mengguris hati Benzema.

Benzema juga tak berpuas hati kerana tidak menjadi kapten pada masa itu. Berita itu dinafikan oleh kelab yang menunjukkan video Benzema dan Nuno Espirito sedang beramah  mesra.

Tidak lama selepas itu, Nuno Espirito benar benar dipecat.

Benzema pernah mengejutkan dunia apabila dia meminta dilepaskan ke Al Ittihad. Dia memberitahu Real Madrid, dia berhak untuk ditunaikan permintaan kali itu setelah dia banyak berjasa dan memberikan kelab itu banyak trofi.

Real Madrid dengan berat hati terpaksa melepaskan Benzema yang menerima gaji sangat tinggi di Al Ittihad.

Namun sejak tiba di Saudi, dia kelihatan tidak menikmati bola sepak di sana. Sama seperti beberapa pemain lain yang mulai mencari cara untuk keluar semula dari Timur Tengah itu. Jordan Henderson antara pemain yang mahu kembali semula ke pentas eropah. Dengan Juventus dikaitkan dengan beliau.

Baru baru ini, jurucakap Al Ittihad memberitahu AFP bahawa, marquee signing mereka, Karim Benzema masih belum memberikan prestasi yang mereka harapkan.

Namun mereka menyatakan itu cuma proses biasa mana mana pemain yang berpindah ke tempat baharu.

Kenyataan itu berbunyi: “Dah tentunya kami menjangkakan yang lebih baik daripada semua pemain terutama sekali Karim Benzema, kerana kita semua sedar dia adalah pemain berkelas dunia.

“Tidak mudah untuk berpindah ke negara baharu dan liga baharu kemudian terus bersinar serta merta. Ianya memerlukan masa.”

Kenyataan itu mungkin kurang disenangi pemian Al Ittihad, kerana rakan baiknya, Cristiano Ronaldo, terus menunjukkan komitmennya dan juga prestasi yang sangat baik.

Ronaldo dipuji kerana kekal profesional dan tak pernah AWOL.

Baca yang lain