Pampasan Terlalu Tinggi Punca Pochettino Kebal Di Stamford Bridge

Chelsea dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi semasa Mauricio Pochettino. Namun mereka tersepit dalam keadaan untuk memecat pengurus itu.

Jika mereka memecat Pochettino sekarang akan meletakkan kelab itu dalam bahaya. Mereka perlu membayar pampasan sekitar £10 juta jika memecat pengurus itu sekarang.

Dan ia akan menyebabkan Chelsea mengalami masalah dalam akaun FFP mereka.

Jadi langkah yang mereka ada adalah kekal dengan Pochettino pada musim ini. Dan jika mereka mahu memecat pengurus itu mereka perlu membuat transaksi seperti penjualan pemain. Jendela perpindahan sudah pun ditutup.

Chelsea ketika ini dalam proses untuk menjual beberapa pemain mereka untuk mengimbangi akun FFP kelab itu.

Premier League dilihat semakin tegas dalam isu FFP selepas menjatuhkan hukuman ke atas Everton dan Nottingham Forest musim ini.

Pochettino masih bergelut di Chelsea. Terbaru Chelsea menelan satu lagi kekalahan dalam EPL.

Membuatkan impian Chelsea ke mana mana pertandingan eropah musim depan kian sukar.

Pochettino masih ada Piala Carabao untuk dia kembali memenangi hati peminat dan pengurusan Chelsea pada masa ini.

Di mana Chelsea akan bertemu Liverpool dalam final itu pada 25 Februari akan datang.

Sumber: Daily Mail

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang