‘Papa’ Beli Kelab Dan Suruh Jurulatih Turunkan Anaknya Yang Berat 126KG Bermain

Bukan semua orang boleh memiliki kelab bola sepak. Memiliki sesebuah kelab tak kira, dalam bola sepak atau sukan lain adalah perkara yang hebat.

Apatah lagi jika kamu seorang anak kepada pemilik. Namun dalam dunia sukan, profesional dan kesukanan sentiasa menjadi perkara utama dalam pemilikan bola sepak.

Tidak boleh sesekali menggunakan agenda kepentingan keluarga di dalamnya. Walaupun dalam Megah Holding mungkin cerita berbeza kerana papa boleh mewariskan jawatan CEO kepada anak asalkan ianya tidak mengganggu bisnes papa.

Sedang tular kisah, Seorang hartawan di China telah membeli sebuah kelab divisyen dua, kelab Zibo Cuju Football Club. Dan kelab itu mengejutkan dunia apabila memasukkan pemain yang tidak ada ciri ciri match fit ke dalam padang.

Match fit ni bukan sahaja meruju kepada fitnness tetapi merujuk juga kepada fizikal. Oleh kerana ini adalah perlawanan kompetitif di level profesional, maka isu itu pastinya besar.

Pemain tersebut dilaporkan memiliki berat badan 126kg dan memang tak larat dah nak berlari. Isu menjadi lebih besar apabila pemain tersebut dikatakan merupakan anak pemilik kelab itu.

Dan tidak terhenti di situ apabila laporan media TUDN menyatakan bahawa jurulatih dipaksa untuk memastikan bahawa anak dia ada dalam kesebelasan utama.

China memang banyak kes pemilik kelab menggunakan kepentingan mereka sendiri. SCMP melaporkan bahawa pada 2019, pemilik Jilin Baijia, Xu Guangnan mendaftarkan namanya sendiri dalam pasukan.

Dan paling gila, dia menggunakan jersi no.10 yang biasanya dimiliki pemain bintang utama sesebuah pasukan.

Dan dia akan menentukan sendiri bila dia nak bermain atau mahu keluar dari padang.

Cerita menjadi lebih menarik apabila para pemain semakin bengang dengan Xu dan membuat protes kepada pemilik kelab kerana dia tak membayar gaji para pemainnya.

 

Satu lagi kisah salah guna kuasa pemilik kelab adalah melibatkan pemilik kelab Shanghai Shenhua yang kaya raya iaitu Zhu Jun.

Pada 2012, Zhu Jun bermain dalam perlawanan persahabatan bersama dengan Nicolas Anelka berhadapan dengan Argentina CN Sports.

Zhu Jun kemudian mengarahkan jurulatih menyertakan namanya dalam aksi pra musim United ke China. Namun dia tidak bermain dalam aksi tersebut. Mungkin merasakan tindakannya bakal membuatkannya dikecam manusia lain di bumi ini termasuk Diva AA.

 

Di Hong Kong pula, pemilik kelab berusia 64 tahun iaitu Koon Wing-yee mendaftarkan dirinya dalam pasukan Wing Yee – ya nama dia sendiri jadi nama pasukan dan bermain di liga divisyen 1 Hong Kong sehingga 2019.

Baca yang lain