Papa Bergkamp Mahu Vieira Ambil Menantunya

Bapa mertua Donny Van De Beek iaitu Dennis Bergkamp berharap rakan lamanya, Patrick Vieira akan mendapatkan menantunya bermain di Crystal Palace.

Bergkamp dikatakan sudah memberitahu Vieira bahawa menantunya mahu bermain untuk untuk Palace demi merasai semula bola sepak setiap minggu.

Palace menunjukkan minat yang jelas ke atas Van De Beek. Sebelum ini Van De Beek menegaskan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula minit permainan  yang banyak. Dengan beberapa kelab kemudian cuba memancingnya. Namun Van De Beek sebelum ini menolaknya.

Antaranya ialah tawaran daripada Newcastle kepadanya yang telah ditolaknya. Newcastle menawarkan Van De Beek tempat kesebelasan utama secara automatik jika beliau menyertai mereka. Ini akan membolehkan Van De Beek beraksi pada setiap minggu dan mendapat minit perlawanan yang sangat banyak seperti yang dia mahukan.

Newcastle setakat ini sudah membuat dua pembelian pada Januari iaitu Kieran Trippier dan juga Chris Wood. Namun masih banyak kekurangan di bahagian lain yang mereka mahu tampal untuk mengelak terjerumus penyingkiran pada akhir musim ini.

Pastinya pelik melihat kelab terkaya di dunia bermain di Liga Kejuaraan pada musim hadapan.

Sehinggalah keadaan dilihat langsung tidak berubah. Van De Beek merasakan bahawa tempatnya dalam kesebelasan utama Man United terus samar. Lalu pemain itu terbuka untuk pergi pada Januari ini.

Manchester United tidak mahu menjual Van De Beek buat masa ini. Lebih memilih untuk perjanjian pinjaman keluar untuk pemain tersebut. Sejak menyertai Man United pada dua tahun yang lalu, kelibat Van De Beek di atas padang terus sukar kelihatan. Walaupun sebelum ini beliau menjadi salah seorang pesepak bola yang hebat bersama dengan skuad muda Ajax yang mara sehingga ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Bukannya senang untuk Ole mahu mendapatkan Van De Beek yang menarik minat banyak kelab besar lain. Namun dengan sedikit bantuan kabel daripada rakan lamanya iaitu Van Der Sar, akhirnya perkara itu menjadi kenyataan.

Crystal Palace yang kini dibimbing rakan baik Dennis Bergkamp iaitu Patrick Vieira sudah menaikkan gear tinggi untuk mendapatkan Van De Beek menjelang Isnin akan datang.

Ianya selepas laporan menyatakan bahawa Van De Beek rasa kecewa dengan situasinya di United pada musim keduanya, masih tidak jelas apa yang akan berlaku kepadanya. Van De Beek sebelum ini dijanjikan lebih banyak aksi di atas padang oleh Ole. Namun tidak berlaku. Kehadiran Rangnick juga menyaksikan pemain itu sekali lagi dijanjikan perkara yang sama. Namun ketika ini beliau di belakang pemain lain untuk posisi tengah. Walaupun kecederaan Pogba dan penggiliran pemain oleh Rangnick dengan merehatkan Bruno Fernandes sebelum ini, nama Van De Beek terus terpinggir.

Rangnick sebelum ini pernah menyatakan dia mahu mengekalkan Van De Beek dan pemain  pemain lain kecuali Martial yang sudah terang terang mendesak perpindahan ke Sevilla. Rangnick sebelum ini mengakui ada ramai pemain yang mahu keluar termasuk Van De Beek dan Lingard. Tetapi kelab tak boleh melepaskan mereka sewenang wenangnya kerana mengambil kira  Man United akan berdepan jadual padat yang tak menentu pada musim pandemik.

Pendirian Rangnicik dikatakan tidak berubah. Namun pengurus tersebut menyatakan bahawa, dia tak akan merayu pemain untuk kekal jika mereka benar benar mendesak mahu pergi.

Selepas perpindahan Martial ke Sevilla, VdB memuat naik gambar ini di Instagramnya.

Baca yang lain