Papa Shango Merupakan Watak Paling Hambar Dalam Sejarah WWE

Charles Wright atau lebih dikenali sebagai The Godfather merupakan salah seorang penggusti untuk syarikat WWE pada era 90an hingga ke awal 2000.

Charles Wright memulakan kariernya bersama WWF pada tahun 1991 dengan memegang watak sebagai Sir Charles.

Namun sayangnya impak yang beliau berikan tidak memberi sebarang kesan kepada peminat dan kewujudan beliau dalam WWF ketika itu seolah tidak disedari.

Beliau sebelumnya lagi sudah aktif bergusti dibawah pelbagai jenama termasuk bergusti di Japan untuk New Japan Pro Wrestling.

Dek kerana watak Sir Charles itu gagal, pihak kreatif WWF telah memberikan watak baru kepada beliau dan menukarkan namanya kepada Papa Shango.

Papa Shango berpenampilan seperti seorang bomoh Brazil yang membawa segala peralatan menyantau ke gelanggang setiap kali kemunculannya.

Papa Shango boleh dikatakan sebagai watak paling gagal pernah WWE hasilkan dengan mencipta pelbagai gimik yang tidak masuk akal.

Pernah berlaku satu gimik yang mana Papa Shango muncul memberi sumpahan kepada Ultimet Warrior dan legenda WWE itu tersungkur menahan kesakitan seolah sumpahan dari Shango itu berkesan.

Tidak seperti Undertaker yang hanya berpenampilan menyeramkan tetapi mempunyai skill dan aksi dalam gelanggang yang mengagumkan, Shango hanya tampil dengan imej menakutkan dan tidak mempunyai skill bertarung yang hebat.

Setiap kali beliau melakukan jampir serapah untuk menyantau lawannya, aksinya itu diboo oleh peminat bahkan ada peminat yang ketawa melihat kejadian tidak masuk akal itu.

Beliau pernah mendapat peluang untuk bertarung dalam perlawanan merebut sabuk kejuaraan dunia WWE ketika itu menentang Bret Hart namun gagal untuk memenangi perlawanan tersebut.

Watak Papa Shango kemudiannya hilang dari WWE pada tahun 1993 dan beliau tampil lagi dengan beberapa watak lain termasuk the Godfather.

Watak Godfather sedikit menyelamatkan kariernya dengan diterima oleh para peminat dan peroleh beberapa kejayaan sepanjang kariernya.

Sebelum muncul sebagai the Godfather, Papa Shango kembali ke WWE dengan memegang watak sebagai Kama Mustafa.

Kama Mustafa adalah salah seorang ahli dalam pakatan Nations Of Domination yang ketika itu diketuai oleh Faarooq.

Pakatan Nations Of Domination kemudiannya telah dipimpin oleh ketua baru, Rocky Maivia atau lebih dikenali dengan nama The Rock.

Selepas pakatan tersebut terkubur, Kama Mustafa membuat kemunculan sebagai The Godfather yang mana watak seorang bapak ayam yang membawa banyak gadis pengiring ke gelanggang.

Karakter The Godfather adalah yang paling berjaya dari pelbagai watak yang dibawa oleh Charles Wright dan watak tersebut diingati sebagai legenda dalam dunia WWE.

Dan watak Papa Shango pula terus dikenang sebagai watak terburuk dalam sejarah WWE.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang