Pemain Buangan Ten Hag, Elanga Cipta Assist Kemenangan Ke Atas Setan Merah

Anthony Elanga menghantui kelab lamanya Manchester United dengan mencipta assist kemenangan untuk Nottingham Forest.

Elanga sebelum ini dijual oleh Man United setelah kelab itu mendapatkan bintang €100 juta Antony dan dia dijual dengan harga lelong ke Forest. Mereka hanya menjual Elanga dengan nilai £15 juta atau sekitar €17.3 juta.

Menurut laporan Carlton Hawkins, pengurus United Erik Ten Hag tidak meletakkan Elanga dalam perancangannya kerana dia mahukan pemain yang lebih bagus dalam taktikal yang berasaskan penguasaan bola.

Mungkin sebab itulah Elanga meraikan gol Forest seolah olah dia tak pernah bermain untuk United. Dia turut benar benar emosional meraikan kemenangan Forest pada wisel penamat bersama pengurus Nuno Espirito Santo.

Elanga sendiri mengakui dia menganggap perlawanan ini agak bersifat peribadi untuknya. Kerana dia mahu membuktikan bahawa dia boleh bermain di tahap tertinggi.

Dalam kunjungan Man United ke City Ground, Elanga menjadi arkitek kemenangan untuk pasukannya menewaskan Man United.

Manchester United masih terbuai buai dengan kemenangan dramatik ke atas Aston Villa telah hadir tanpa penjaring kemenangan mereka dalam perlawanan itu iaitu Rasmus Hojlund yang tak sihat.

Di atas padang Man United bermula dengan serba serbi tak menjadi di final third. Mereka malah lebih banyak diasak oleh Forest pada separuh masa pertama.

Pada minit ke-64, Nichola Dominguez meletakkan Nottingham Forest di hadapan menerusi gol cantik setelah menerima bola daripada Montiel.

Man United membalas gol itu pada minit ke-78. Ianya berpunca daripada kesilapan penjaga gol Matt Turner yang menolak bola lemah kepada rakannya, lalu dipintas Garnacho. Garnacho melorongkan kepada Rashford yang terus melencongkan bola rendah.

Turner benar benar menyesal dengan tindakan bodohnya. Kerana sebelum gol itu dia turut melakukan kesilapan namun tidak dihukum Rashford.

Bangkit daripada kesilapan itu, Turner melakukan penyelamatan kelas dunia menafikan rembatan Eriksen. Yang menjadi punca kepada serangan balas Forest.

Mereka mencipta gol kedua yang mirip dengan cara gol pertama. Di mana Elanga melorongkan bola ke tengah. Morgan Gibbs White merembat masuk menewaskan Onana yang tidak berdaya. Gol itu terhasil pada minit ke-82, kira kira 4 minit selepas gol penyamaan United.

Man United mendapat peluang terbaik selepas itu menerusi voli Bruno Fernandes yang diselamatkan penjaga gol. Kemudian Eriksen mempersiakan peluang terakhir pasukannya dari jarak dekat dengan rembatan tersasar.

Tamat perlawanan, Nottingham Forest 2 Manchester United 1. Ini adalah kekalahan kesembilan Man United musim ini dalam Liga Perdana Inggeris. Merosakkan sedikit usaha mereka mahu mara ke UCL musim hadapan.

Apa yang menarik adalah prestasi Elanga. Dia kini sudah mencipta sumbangan gol/assist sebanyak 10. Selain itu dia juga berjaya mencipta assist sekurang kurangnya dua kali lebih banyak daripada mana mana pemain United musim ini. Dan mencipta jumlah asssist yang sama dengan gabungan assist oleh Eriksen, Martial, Hojlund dan Mason Mount.

Dan dia juga jauh lebih baik daripada Antony pada musim ini setakat ini:

Peminat United teringat kata kata Rangnick yang pernah meminta pemain pemain United yang lain agar mengikut teladan daripada Elanga yang sentiasa bekerja keras.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah