Pemain Chelsea Ini Selar Wanita Yang Desak ‘Equal Pay’ Dalam Bola Sepak

Bintang Chelsea dan Jerman, Melanie Leupolz percaya tuntutan untuk mendapatkan gaji yang sama rata dengan lelaki ataupun kempen equal pay dalam bola sepak wanita adalah tidak relevan.

Banyak perkara yang harus dipertimbangkan. Beliau malah meminta wanita wanita ini memikirkan beberapa keutamaan lain yang jauh lebih mendesak untuk sukan itu daripada wang.

Leupolz, 27, berada dalam musim kedua Liga Super Wanita bersama The Blues selepas berpindah dari Bayern Munich pada 2020.

Walaupun dia percaya keadaan dalam bola sepak wanita perlu diperbaiki termasuk dari sudut kebajikan, namun dia berkata, itu bukan semata-mata dari segi gaji.

“Saya tidak fikir gaji yang sama dengan lelaki adalah wajar, kerana anda perlu melihat apa yang dibawa oleh lelaki dari segi wang dan apa yang dibawa oleh wanita pula?,” kata Leupolz kepada Goal.

Leupolz malah bersyukur kerana banyak kelab kelab eropah terutama sekali pasukan besar yang sanggup menanggung kos membentuk pasukan wanita.

Malah ada banyak pasukan yang tidak mahu menubuhkan skuad wanita profesional walaupun mereka kaya raya sekalipun.

Dan di berharap pada suatu hari nanti, wanita akan dapat benar benar berdikari dan mampu menjana wang yang cukup untuk mereka nikmati.

“Kelab-kelab kini malah menanggung kerugian untuk pasukan wanita. Kita perlu melabur sekarang supaya bola sepak wanita boleh berdikari dan menguntungkan dalam beberapa tahun akan datang.”

“Oleh itu, gaji yang sama adalah tidak wajar, kerana dengan alasan apa saya harus memperoleh berjuta-juta sekarang? Pada hujung minggu saya bermain di hadapan kurang 3,000 penonton sahaja setiap perlawanan?”

Pemain tengah itu percaya bahawa dalam membangunkan bola sepak wanita adalah lebih baik untuk melabur dalam infrastruktur, yang akan membuahkan hasil jangka panjang yang lebih baik.

“Saya lebih suka kita berlatih di tempat latihan yang baik, bermain di stadium yang bagus dan keadaan keadaan lain yang sama dengan dinikmati pasukan lelaki.”

“Itu akan lebih mudah dicapai kalau ada wang yang cukup.”

“Ini juga akan membantu bola sepak wanita berdikari. Sebab itu ia bukan mengenai gaji, tetapi mengenai keadaan bola sepak wanita.”

Leupolz membantu Chelsea merangkul kejuaraan WSL pada 2020/21, setelah menjulang Bundesliga Wanita dua kali semasa di Bayern.

Dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam arena bola sepak wanita ketika ini. Dia turut berkongsi sedikit tentang cara dia bermula dan bagaimana bermain bola sepak campuran semasa remaja membantu membentuk gaya permainannya.

“Saya bermain dengan lelaki sehingga saya berumur 14 tahun. Kemudian saya bertukar kepada pasukan perempuan di TSV Tettnang kerana FA tidak lagi memberi saya kebenaran khas,” katanya lagi.

“Saya terpaksa bermain dengan lelaki yang lebih tua, tetapi mereka berkata itu terlalu berbahaya untuk perempuan. Itulah sebabnya saya terpaksa mengambil langkah itu, tetapi tidak mengapa. Wanita wanita yang saya lawan selepas itu benar-benar bagus, kami bermain dalam liga remaja tertinggi di Jerman.”

“Berdepan lelaki, fizikal dan kamu harus membuat keputusan dengan cepat kerana ia lebih pantas – itu pasti membentuk diri kamu [semasa bermain dengan lelaki], dan kamu akan membawanya bersama kamu kemudian apabila sampai ke Bundesliga.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan