Pemain Nottingham Forest Ini Dilabel Pengambil Penalti Paling Menganjing & Biadap Kerana Tekniknya

Pada hari ini ramai pemain cuba melakukan sepakan penalti dengan gaya yang cool. Misalnya Bruno Fernandes dan Jorginho yang melakukan lompatan ataupun ‘hop’.

Ada juga yang mengambil penalti dengan gaya panenka. Serta penalti dengan cara Johan Cruyff dan Jesper Olsen yang bertukar hantaran.

Namun pada hari ini, nama pemain Nottingham Forest, Lyle Taylor tiba tiba menjadi bualan ramai.

Malah lebih teruk, ramai menganggap Lyle Taylor sebagai pengambil penalti paling menganjing, biadap dan poyo.

Ada sesetengah pihak jelas tak suka dengan cara Lyle mengambil penalti.

Lyle berjalan dengan gaya poyo menuju ke arah bola dan merembat bola tersebut.

Ianya berbeza sedikit dengan gaya Paul Pogba yang seperti berlari anak dengan kadar larian sangat perlahan.

Pada aksi Rabu lalu, Nottingham Forest dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-7 masa kecederaan berdepan Coventry City.

Dalam kedudukan 1-1, Lyle ada bebanan untuk dipikul di bahunya. Di mana dia perlu memastikan bola itu masuk untuk 3 mata.

Lyle dengan lagaknya seperti biasa melakukan penalti tersebut dan penjaga gol jelas tidak gembira dengan gaya Lyle Taylor.

Ini bukan pertama kali Lyle melakukannya. Kerana ia sudah menjadi teknik yang merupakan signature kepadanya.

Setiap kali penalti Lyle Taylor akan melakukan cara dan teknik serupa. Musim lalu beliau bermain untuk Charlton. Dan menjadi pelaksana penalti yang utama.

Lyle dengan show off mempamerkan aksi penaltinya. Pengurusnya ketika itu, Lee Bowyer menyatakan dia sebenarnya tidak berapa yakin dengan kemampuan Lyle Taylor menyempurnakan penalti.

Namun ternyata beliau silap menilai, kerana pemain itu benar benar bagus dalam perlaksanaan penalti.

Walaupun ramai tak selesa dengan gaya Lyle Taylor, ramai juga yang meminati gayanya itu. Menurut mereka, Lyle sangat tenang dan berkeyakinan tinggi ketika melakukan tugasannya.

Lyle Taylor juga memiliki variasi arah penalti yang sangat bagus membuatkan penjaga gol sukar membacanya.

Kekuatan kakinya ketika mengambil sepakan dengan langkahan ‘walking pace’ memang luar biasa.

Jadi korang rasa macam mana? Adakah ia sejenis kepoyoan ataupun hanyalah teknik penalti yang penuh keyakinan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan