Pemain Terkaya Sertai Liga Portugal, Faiq Bolkiah Miliki Kekayaan RM83 Billion, Jauh Lagi Kaya Dan Messi & Cristiano Ronaldo

Leicester City akhirnya menjual pemain bola sepak terkaya di dunia yang juga anak saudara kepada Sultan Brunei, Faiq Bolkiah, kepada kelab Portugal, Maritimo.

Pemain berusia 22 tahun itu meninggalkan Foxes tanpa pernah bermain bola sepak kompetitif.

Akhirnya Faiq akan menempuhi cabaran baharu untuk menghidupkan kariernya.

Pemain sayap yang dinamik ini adalah salah satu pewaris takhta kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah yang bernilai £20 bilion / RM83+ billion, walaupun gajinya jauh lagi kecil daripada Messi dan Ronaldo.

Faiq juga tidak memiliki hak imej / tajaan yang mega seperti mana dua nama tersebut.

Statusnya sebagai kerabat diraja Brunei yang kaya raya tidak menghalangnya untuk meneruskan karier dalam dunia bola sepak.

Dan kini beliau sah menjadi milik pasukan Portugal iaitu Maritimo.

Faiq Bolkiah: Kisah billioanaire muda yang bergasak di atas padang

Putera raja turun ke padang, dan bergasak dengan pemain lain merupakan sesuatu yang unik bagi kita.

Ini kerana mereka boleh sahaja duduk di istana dan pergi berhibur ke sana sini dengan wang yang mereka ada, terutama sekali jika mereka adalah anak daripada waris Sultan Brunei.

Kesultanan Brunei merupakan antara kesultanan terkaya di dunia. Putera kepada adik Sultan Brunei iaitu Faiq Bolkiah ada kisah yang unik.

Jadi jika ada orang tanya, apa korang akan buat jika ada USD20 billion dalam bank?

Mesti ramai akan fikir, melancong tak ingat dunia dan berbelanja di mana sahaja.

Namun Faiq Jefri Bolkiah pula yang memiliki lebih banyak wang daripada di atas ini, telah memilih untuk merumput di padang bola sepak.

Faiq Bolkiah, kisah billionaire remaja di padang bola

Faiq bukanlah putera kepada Sultan Hassanal Bolkiah, tetapi beliau adalah putera kepada Jefri Bolkiah, yang merupakan adinda kepada Sultan Hassanal Bolkiah.

Sebenarnya Faiq boleh je duduk kat istana tanpa perlu berpenat nak bermain bola. Namun beliau tetap mengejar impiannya bergasak dengan pemain lain di atas padang,

Setelah mendapat pengalaman dalam pasukan pemuda AFC Newbury, pemain Leicester City telah menandatangani kontrak satu tahun di akademi pasukan belia yang terkenal di England, Southampton, pada tahun 2009.

Tetapi itu bukan kontrak penuh. Faiq pernah menjalani percubaan di Arsenal pada tahun 2013, dan bermain untuk The Gunners di Lion City Cup pada tahun yang sama.

Faiq juga berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan menentang pasukan muda dari Singapura dalam kejohanan tersebut.

Beliau kemudian menerima tawaran untuk bergabung dengan Chelsea, yang memberinya kontrak dua tahun pada tahun 2014.

Namun, dia meninggalkan Stamford Bridge pada bulan Disember 2015 dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan Leicester.

Bergabung dengan kelab besar di England, menjadikannya dipercayai sebagai kapten pasukan kebangsaan Brunei Darussalam, walaupun tidak pernah bermain dalam pertandingan profesional di England.

Untuk pengetahuan korang, Faiq Bolkiah boleh mewakili Amerika Syarikat, dan sudah ditawarkan tempat dalam pasukan utama di sana. Faiq memulakan kariernya di Amerika Syarikat ketika awal remaja lagi.

Brunei di hatinya

Namun Faiq menolak tawaran itu dan memilih Brunei walaupun tahu jika mewakili Amerika Syarikat, Faiq ada peluang lebih cerah bermain bermain di Piala Dunia.

Jiwa raga untuk negaranya sangat tinggi dan tidak boleh ditukar ganti,

Faiq meninggalkan istana mewah miliknya demi sesuatu yang dia minat. Faiq telah menyertai kelab pembangunan di Leicester.

Jika korang cakap Faiq ni pakai kabel, mungkin harus semak balik fakta.

Faiq menghadiri sangat banyak trial dengan banyak pasukan di Eropah. Malah pernah mencuba nasib dengan akademi Southampton yang ketika itu dibuka di Brunei.

Dan beliau sendiri tidak pernah menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama.

Sebab itulah beliau tidak dapat minit perlawanan di Leicester, kerana hakikatnya beliau masih tidak dapat menyaingi pemain lain.

Selain itu, Faiq juga merupkan pemain yang digilap di Amerika Syarikat. Faiq lahir dan membesar di sana. Dari kecil Faiq dikenali dengan sikapnya yang rendah diri dan tidak sombong.

Faiq adalah pemain bola sepak yang paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaannya sekitar $20 billion. Faiq memiliki lebih 230 kereta mewah di dalam koleksinya.

Boleh saja Faiq mengikuti beberapan sepupunya yang lain menikmati kehidupan diraja tanpa turun padang bola sepak

Namun ada perkara yang bagi Faiq tak boleh dibeli dengan wang, ini termasuk bola sepak yang beliau minat.

Faiq telah bermain untuk pasukan kebangsaannya sembilan kali dan menjaringkan satu gol.

Faiq malah menjadi pemain harapan dalam pasukan kebangsaan Brunei, dan menjadi kapten pasukan di Piala Solidariti Dunia untuk Tsunami Aceh pada tahun 2017.

Pemain Leicester City ini juga berpeluang mewakili pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, kerana dia dilahirkan di Los Angeles. Namun, Faiq menyatakan kesetiaannya kepada keluarganya dan negara asalnya, Brunei.

Faiq telah menjadi kerabat diraja Brunei yang turun menjadi kapten pasukan kebangsaan negaranya dan bermain di atas padang yang pelbagai kondisi. Dibentes, diterjah dan juga diherdik di atas padang.

Faiq tampil menjadi kapten pasukan Sukan SEA negaranya pada 2015.

Kepimpinan yang ada padanya, usah dipertikaikan. Dari kecil lagi beliau bercampur gaul dengan keluarga diraja Brunei.

Faiq pada usianya yang sangat muda sudah memiliki beberapa kaps untuk negaranya dan juga menjaringkan 1 gol di peringkat antarabangsa.

Pastinya Faiq berharap kariernya selepas ini akan terus meningkat naik.

Baca yang lain