Pemain United Masih Kurang Faham Taktikal Gegenpressing 4-2-2-2 Rangnick, Ramai Mahu Pergi

Chris Wheeler melaporkan bahawa, pemain pemain Manchester United kini bergelut untuk memahami kehendak taktikal dalam formasi 4-2-2-2 oleh Ralf Rangnick.

Walaupun sebelum ini Ralf Rangnick memuji para pemainnya sebagai sangat cepat belajar walaupun berlatih dalam masa terhad.

Kini Rangnick mahu menyuntik taktikal yang lebih kompleks. Dan ianya membuatkan ramai pemain kesukaran untuk beradaptasi dengan sistem gegenpressing serta formasin tanpa wing.

Aksi hambar United ketika menentang Newcastle telah menunjukkan bahawa ada beberapa pemain yang masih belum mendapat rentak taktikal dikehendaki Rangnick.

Dan Rangnick sendiri tanpa berselindung menyatakan dia tak gembira langsung dengan gaya permainan Man United sambil menegaskan bahawa mereka seri nasib ketika menentang Newcastle.

Gary Neville antara yang tidak berselindung dalam menghentam Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes yang menurutnya menunjukkan bahasa tubuh yang tidak bagus di atas padang.

Lantas Neville merasakan ada perkara yang tidak kena di kem Manchester United ketika ini. Perkara itu sudah diperhatikan Neville sejak perlawanan menentang Everton lagi, ketika itu Cristiano Ronaldo tidak setuju dengan Ole Gunnar Solskjaer dan membuat muka.

Neville tidak suka dengan Bruno Fernandes kini lebih banyak membantah pengadil berbanding melakukan tugasan luar biasa atas padang seperti musim lalu. Begitu juga dengan Cristiano Ronaldo.

Chris Wheeler melaporkan bahawa ramai pemain yang tidak seronok di pusat latihan kerana masih tercari cari apa yang dimahukan Rangnick. Malah sesi latihan baru baru ini, pemain pemain United berlatih sehingga hari gelap pada Selasa.

Selain daripada isu memahami taktikal, Rangnick juga berdepan dengan isu beberapa pemain yang mahu angkat kaki.

Antaranya Anthony Martial yang sudah memberitahu Rangnick secara bersemuka. Seterusnya, Dean Henderson meminta untuk dilepaskan pada Januari ini, sama ada secara pinjaman atau dijual terus kerana mahu mendapatkan semula tempat dalam skuad kebangsaan England.

Donny Van De Beek juga mahu pergi pada Januari ini jika tidak ada jaminan mendapat minit perlawanan yang banyak.

Bukan itu sahaja, Eric Bailly turut diberitahu bahawa dia perlu terlibat dalam aksi berdepan Brunley. Sedangkan pemain itu sudah bersiap sedia untuk berlepas menyertai Piala AFCON.

Bailly sebelum ini gagal menjadi pemain utama United dan merasakan dia boleh pergi lebih awal untuk tugasan antarabangsa.

Malang sekali Rangnick tidak membenarkannya.

Rangnick dikenali dengan sikapnya yang tegas. Dan sudah menyatakan bahawa kelab seperti United tidak seharusnya tunduk dengan kehendak pemain terutama sekali mereka yang mahu pergi.

Rangnick sudah bercakap dengan Paul Pogba dan pendirian beliau adalah sama. Rangnick berkata: “Bukan saya kata tak berbaloi untuk cuba memujuk mereka kekal, namun kelab sebesar United ini tidak perlu melakukan perkara seperti itu. Sesiapa sahaja dalam kelab ini tak perlu memujuk pemain untuk kekal di sini.”

“Kerana kelab ini kelab besar. Semua pemain mahu bermain di sini. Dan pemain yang sudah berada di sini harus berasa bangga untuk berada di sini.”

Wheeler turut mengakui Rangnick kini berdepan dengan tugas berat apabila berdepan dengan sikap beberapa pemain Manchester United.

 

Ada beberapa pemain dilihat besar kepala. Perkara ini yang membuatkan Jose Mourinho pernah mengambuk di hadapan media satu ketika dahulu.

Selain itu Rangnick turut pening memikirkan Cristiano Ronaldo masih belum cukup serasi dengan rakan rakannya yang lain walaupun pemain itu sudah mencetak beberapa gol musim ini.

Rangnick sudah bertekad akan cuba yang terbaik untuk memastikan semua keadaan ini diperbaiki pada musim ini sebelum menyerahkan tugasannya kepada pengurus tetap yang baru untuk mengendalikan pasukan pada musim hadapan.

Ralf Rangnick dilantik menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai interim. Dan beliau akan mennadi penasihat kelab selepas tamat kontrak interimnya separuh musim ini.

Rangnick dijanjikan kuasa untuk memberikan pandangannya tentang hala tuju kelab di masa akan datang.

Baca yang lain