Pembantu Jurulatih Feyenoord Maki Penyokong Sendiri: “Pakai Otak Kamu La Sial”

Penolong pengurus Feyenoord John de Wolf memberitahu penyokong mereka sendiri untuk “menggunakan otak anda” selepas pertembungan separuh akhir Piala KNVB menentang Ajax ditangguhkan sebanyak dua kali.

Tidak sampai seminit perlawanan malam Rabu di De Kuip dan perlawanan sekali lagi ditangguhkan seketika kerana suar asap yang dicetuskan oleh penyokong.

Selepas asap suar itu hilang, Ajax dan Feyenoord kembali bertarung dan permainan diteruskan sehingga pertengahan separuh masa pertama, apabila pemain tengah Davy Klaassen dibaling dengan objek dipercayai pemetik api yang terkena kepalanya.

Sementara itu, Klaassen mengalami kecederaan serius di kepalanya selepas insiden mengejutkan itu dan akibatnya, pengadil meminta pemain itu dirawat.

Beberapa saat kemudian dan pembantu Feyenoord John de Wolf, dengan mikrofon di tangan, berhadapan dengan penyokong di dalam stadium berkapasiti 51,000 dengan mesejnya sendiri.

“Peminat, di sisi itu, gunakan otak anda la sialan,” kata de Wolf dengan nada sangat marah.

“Pastikan tiada apa-apa lagi objek yang dilemparkan ke atas padang lagi,” kata De Wolf memberikan amaran.

Dari segi skor, Ajax memperoleh kemenangan 2-1 hasil jaringan Dusan Tadic dan Davy Klaassen tetapi akhirnya, tajuk utama berita adalah milik John de Wolf dan ucapan inspirasinya semasa rehat.

Seorang peminat berkata: “Pembantu Feyenoord dan legenda kelab John de Wolf baru sahaja keluar ke tengah padang dengan mikrofon dan merayu penyokong Feyenoord untuk jaga kelakuan. Agak luar biasa.”

Yang kedua menulis: “Mengapa dia memarahi mereka seperti pelajar sekolah, hentikan sahaja permainan itu.”

Yang ketiga menambah: “Bagaimana kalau kosongkan bahagian stadium itu daripada memberi amaran kepada mereka. Buang sahaja mereka.”

Baca yang lain