Pemilik Leeds Beri Peringatan Agar Barca Jangan Tak Bayar Hutang 2 September Ini Atau Dunia Gempar

Pemilik Leeds, Andrea Radrizaani mulai menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemungkinan Barcelona tidak akan membayar hutang mereka seperti tarikh yang telah dipersetujui.

Sedangkan Leeds sudah melaburkan wang yang besar untuk menampung kehilangan Raphinha. Dengan harapan Barca akan membayar ansuran yang telah mereka persetujui.

Jika Barca tidak membayar hutang itu, Leeds akan berdepan masalah dalam akaun FFP mereka. Di mana kelab itu sudah berbelanja lebih €100 juta dalam jendela perpindahan kali ini.

Salah satu sebabnya adalah untuk menggantikan Raphinha yang menjadi pemain penting kelab mereka.

Barca tak dapat daftarkan pemain

Barcelona mempunyai jendela perpindahan musim panas yang sangat baik walaupun mengalami masalah kewangan, setelah menandatangani pemain seperti Robert Lewandowski dan Raphinha.

Tetapi pemilik Leeds Andrea Radrizzani, yang tidak sabar-sabar untuk menerima bayaran penuh Barcelona berhutang kepadanya untuk Raphinha, telah menghantar amaran kepada kelab Catalan itu.

Dengan berita terbaru La Liga masih tidak membenarkan Barca mendaftarkan 5 pemain baharu mereka kerana beban hutang yang masih tinggi, mungkin membuatkan keresahan Radrizzani semakin memuncak.

Ramai juga mempersoalkan kenapa Leeds sewenang wenang menjual Raphinha ke Barca? Sedangkan ada pilihan lain seperti Chelsea dan Arsenal?

Radrizzani menyatakan bahawa dia tidak jelas dengan situasi kewangan di Barca. Mereka adalah kelab besar dan membida pemain Leeds dengan harga tinggi. Ini ditambah dengan Raphinha sendiri dipercayai memang sudah menetapkan bahawa Barcelona merupakan pilihan utamanya.

Pemilik Leeds itu berkata: “Saya tidak tahu tentang apa sebenarnya di sebalik tabir Barcelona dan bagaimana mereka tiba-tiba menemui wang itu dan kini ia sudah digunakan [untuk membeli pemain], ia tidak jelas,” kata Radrizzani mengenai Barcelona kepada The Athletic.

Radrizzani kemudian memberikan amaran kepada Barcelona, jika mereka tak membayar ansuran pada 2 September akan datang, dia akan membuatkan kes itu menjadi kes besar yang akan dibincangkan di seluruh dunia.

“Lihat, saya akan memberitahu kamu pada 2 September [sama ada mereka membayar ansuran itu atau tidak] nanti. Jika tidak [dibayar], kita akan mempunyai kes global di semua media di dunia mengenai Barcelona,” tambahnya lagi.

Seterusnya, Radrizzani mengesahkan bahawa Leeds dan Chelsea sudah mencapai kesepakatan untuk Raphinha seperti dilaporkan beberapa media termasuk Fabrizio Romano.

Tetapi pemilik Leeds itu mengakui bahawa kehendak pemain dan ejennya, yang merupakan bekas pemain Blaugrana Deco, memaksanya ke dalam situasi yang janggal untuk membuat pusingan U dalam rundingan mereka.

Dari sudut ekonomi, tawaran Chelsea lebih baik untuk mereka terima. Pemilik Leeds tersebut mengakui bahawa pada hari ini kuasa ejen dan pemain membuatkan kelab kadangkala berada dalam situasi sangat sukar.

“Bagi saya, ianya dah dimuktamadkan [perjanjian dengan Chelsea], dan apabila saya dan buat perjanjian, kata-kata saya akan saya kotakan. Tapi kali ini, saya berasa malu untuk kembali kepada Todd Boehly dan menukar pendirian saya,” akuinya.

“Kami membuat perjanjian dengan Chelsea kerana pemain itu mahu pergi dan dia terbuka untuk mendengar tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris lain,” Radrizzani tidak merujuk secara spesifik tentang Arsenal.

“Chelsea berada dalam [pilihan] yang menguntungkannya. Tetapi malangnya, katakan sahaja bahawa pengaruh Barcelona meyakinkan pemain itu untuk menunggu, menunggu, menunggu sehingga mereka dapat mencari penyelesaian.”

“Ini menunjukkan sekali lagi kuasa yang dimiliki pemain serta ejen mereka dalam sistem, yang bagi saya adalah keterlaluan.”

“Kami melakukan banyak pelaburan untuk membina kelab. Kami melabur ratusan juta tetapi semua kuasa yang nampaknya [dengan] ejen dan wakil pemain ini menyukarkan kami.”

Baca yang lain