Peminat Arsenal Kecewa Ayah Rasmdale Dedahkan Anaknya Susah Nak Senyum Sekarang

Ayah kepada Aaron Ramsdale agak sedih melihat anaknya kini sedang sugul dan susah nak tersenyum. Ini kerana dia telah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Arsenal kepada David Raya.

Ayahnya mendedahkan perkara itu di dalam sebuah podcast bersama peminat Arsenal. Nick Ramsdale berkata: “Aaron dah tak senyum dah sekarang. Sangat susah nak tengok ada di situ, dan kami sentiasa memberitahunya, bahawa dia harus terus tersenyum.”

“Dia akan terus berjuang untuk memenangi trofi  bersama Arsenal. Raya penjaga gol yang hebat dan ini bukan salah dia pun.”

Komen ayah Rasmdale itu tak disenangi peminat Arsenal. Mereka berkata: “Kami tak pernah dengar ayah Leno sebelum ini pergi kat Podcast dan luahkan ketidakpuasan hatinya.”

David Raya ditandatangani Arsenal dari Brentford secara pinjaman. Raya sebenarnya memang menjadi sasaran Arteta. Namun Arsenal tidak dapat memuktamadkan perjanjian secara tetap kerana kekangan masa.

Akhirnya mereka meminjam David Raya dahulu dan akan membelinya secara tetap menerusi klausa beli tetap.

Ketika David Raya tiba di Arsenal, Mikel Arteta menyatakan bahawa dia tiada penjaga gol no.1 yang tetap. Dan turut membayangkan dia akan melakukan pertukaran penjaga gol seperti pemain lain. Sebelum ini penjaga gol hanya ditukar jika cedera.

Arteta menegaskan sudah tiba masanya mereka melayan penjaga gol sama seperti pemain lain.

Arteta juga memberitahu bahawa kedua dua penjaga gol akan digilirkan secara aktif mengikut kehendak taktikal.

Namun nampak gayanya David Raya ketika ini adalah pilihan utama Arteta. Dan Ramsdale menjadi pemanas bangku simpanan.

Musim sebelum ini Arteta mendapatkan Ramsdale dengan nilai perpindahan sekitar £30 juta menggantikan Bernd Leno. Ini kerana Ramsdale adalah penjaga gol dengan ball playing.

Ramsdale cemerlang bersama Arsenal musim lalu dan dipanggil ke skuad kebangsaan England. Namun Arteta dikatakan kurang berpuas hati dengan aspek ball playing pemain itu.

Dan akhirnya dia mendapatkan David Raya musim ini.

Ramai pundit terkejut dengan keputusan Arteta mendapatkan David Raya sedangkan dia masih ada Ramsdale. Legenda United, Peter Schmeichel menyatakan: “Satu satunya posisi yang kamu mahu ianya stabil dan tidak ada persaingan adalah penjaga gol.”

“Apa yang dilakukan Arteta ini tidak masuk akal. Apabila dia mewujudkan persaingan antara penjaga gol, penjaga penjaga gol ini akan buat kepala sendiri kerana nak buktikan sesuatu. Mereka akan bermain dengan cara mereka dan bukannya pasukan.”

Baca yang lain