Peminat Arsenal Menganjing Balik Shearer Selepas Dia Meroyan Tentang VAR

Sebelum ini Alan Shearer menyatakan bahawa dia menyokong pengadil dan VAR dengan sepenuhnya. Ianya ketika pengadil memberikan gol kepada Newcastle dalam aksi menentang Arsenal.

Di man gol kemenangan Anthony Gordon ketika itu melalui semakan VAR dalam 3 insiden.

Yang pertama, semakan sama ada Gordon ofsaid, yang kedua sama ada bola sudah terkeluar atau tak, dan yang ketiga sama ada Joelinton mengasari Gabriel terlebih dahulu sebelum gol terhasil.

Dan ketiga tiga semakan itu mendapati kesemuanya bersih. Membuatkan Mikel Arteta mengamuk dalam sidang media.

Legenda Arsenal, Ian Wright menyatakan dia menerima kalau bola dianggap masih dalam kawasan permainan namun dia tak boleh menerima kalau tolakan oleh Joelinton ke atas Gabriel dikira tak foul.

Alan Shearer pula menyatakan: “Syabas pengadil, kamu memang hebat!”

Alan Shearer dalam ulasannya pula menyatakan bahawa Mikel Arteta dan pemain pemain Arsenal harus menghormati keputusan pengadil.

Dan pada hari ini peminat Arsenal membalas balik sindiran kepada Alan Shearer sebelum ini.

Ianya selepas Shearer menganggap kemenangan Newcastle dirompak oleh pengadil dan VAR.

“Tolonglah wei. Apa ke sial VAR ni.”

Alan Shearer nampaknya benar benar marah dengan apa yang berlaku. Kerana menurutnya pemain pemain Newcastle telah dianiayai setelah mereka bekerja keras di atas padang untuk mencatatkan kemenangan dramatik dan bersejarah. Namun usaha mereka sia sia kerana pengadil memberikan penalti kepada PSG pada masa kecederaan yang mudah disempurnakan Kylian Mbappe.

Shearer berkata: “Satu aksi pertarungan yang hebat sekali oleh setiap pemain di tempat lawan. Tak sepatutnya dirosakkan oleh keputusan pengadil yang menjijikkan. Syabas kepada pemain.”

Peminat Arsenal mengingatkan Alan Shearer bahawa roda dalam bola sepak berputar laju.

Peminat Arsenal turut bertanya kepada Alan Shearer: “Bagaimana dengan ‘respect the ref’ Alan?”

Ini bukan pertama kali Shearer disindir peminat Arsenal selepas insiden dia membela keputusan pengadil ketika aksi menentang Arsenal.

Sebelum ini ketika Newcastle tewas di tangan Borussia Dortmund, peminat Arsenal turut menyindir: “Lupa bawa pengadil PGMOL sekali ke tu?”

Jika Newcastle menang tadi, mereka akan berada dalam kedudukan lebih baik berbanding PSG pada hari terakhir, dalam usaha 3 lagi pasukan mahu mengiringi BvB mara ke pusingan kalah mati.

Baca yang lain