Peminat China Serang Hotel Al Nassr Kerana Kecewa Aksi Persahabatan Dibatalkan Sebab CR7 Cedera

Aksi persahabatan di antara Al Nassr dan Shanghai Shenhua terpaksa ditunda selepas Cristiano Ronaldo disahkan tidak cergas untuk beraksi.

Semua wang tiket para peminat akan dikembalikan semula, menurut laporan Daily Mail.

Ya, hanya kerana seorang Ronaldo, kelab itu terpaksa membatalkan aksi semalam dan menetapkan satu tarikh baharu.

Peminat peminat di China bertindak agresif dengan menyerang hotel penginapan Al Nassr selepas mereka mendapat tahu Ronaldo tidak boleh beraksi dalam aksi tersebut.

Keadaan benar benar menjadi sukar dikawal. Dengan peminat tidak henti henti menyorak nama Ronaldo.

Ada juga peminat yang menangis selepas mendapat tahu bahawa perlawanan persahabatan tersebut terpaksa dibatalkan dan ditunda ke tarikh yang tidak pasti lagi.

Ronaldo kemudian tampil memohon maaf kepada peminat. Kerana dia masih mengalami kecederaan.

Al Nassr kini berada di Shenzen dalam persiapan untuk menentang Shanghai Shenhua untuk aksi pemanas badan separuh musim.

Dengan satu lagi aksi persahabatan adalah pada 28 Januari ini menentang Zhenjiang.

Peminat peminat di China rata rata membeli tiket hanya untuk melihat salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman beraksi.

Malang sekali Abang Do cedera di bahagian otot. Ianya membuatkan Al Nassr terpaksa membatalkan dua aksi persahabatan tersebut.

Ronaldo kesal dengan apa yang berlaku. Dan berkata: “Dalam bola sepak ada beberapa perkara di luar kawalan kamu. Saya dah bermain bola sepak selama 22 tahun dan saya adalah antara pemain yang tidak begitu banyak mengalami kecederaan.

“Jadi saya benar benar sedih kerana Al Nassr dan saya sendiri datang ke China untuk menikmati jelajah ini. Saya menganggap China ini adalah rumah kedua saya, saya berasa benar benar selesa dan seperti di rumah sendiri ketika di sini. Sejak saya mengunjungi negara ini kali pertama pada 2003/2004.

“Saya sentiasa rasa diri saya istimewa di sini. Saya amat sedih. Saya tahu kamu pun sedih juga terutama sekali mereka yang menyayangi Cristiano. Namun kita kena tengok perkara ini dari sudut positif.

“Ini kerana kami bukannya membatalkan terus perlawanan ini. Kami mahu berusaha memastika perlawanan di sini diadakan. Kami akan kembali lagi.

“Malang sekali, saya ada masalah sedikit, ini sebahagian daripada bola sepak dan kehidupan saya. Saya ada di sini, saya bersama sama dengan peminat, saya ada bersama dengan rakyat China. Dan kita akan meneruskannya.

“Kami boleh melihat di luar sana, ramai yang bersama sama dengan kami.

“Kami pun kesal kerana perkara ini berlaku. Kami akan kembali lagi untuk memastikan rakyat China gembira. Saya nak bermain untuk kamu. Jangan berasa sedih kerana saya pun sedih. Dan saya berharap kamu memahami realiti seorang pemain bola sepak.

Al Nassr mengesahkan bahawa mereka memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan persahabatan itu tanpa Ronaldo. Mungkin mereka tahu bahawa peminat benar benar marah dan kecewa jika mereka tidak menyaksikan Ronaldo.

Al Nassr berkata: “Kami dengan dukacitanya, mengumumkan bahawa, atas sebab yang di luar kawalan Al Nassr, acara persahabatan ini ada dua perlawanan yang dijadualkan pada 24 dan 28 Januari. Ianya telah ditunda ke satu tarikh yang baharu yang akan diumumkan.

“Kami tiba di Shenzhen dengan menerima sambutan penuh hortam daripada peminat bola sepak China, secara spesifiknya peminat peminat Ronaldo.

“Mengambil kira faktor ini, dan atas dasar hubungan erat antara Kerajaan Saudi Arabia dan China, kami, kelab Al Nassr akan menamatkan latihan kami di Shenzhen, bandar yang benar benar mengalu alukan kedatangan kami an kepada kapten kami.

“Tambahan lagi, kami telah mencapai kesepakatan dengan pihak penganjur dan promoter untuk memilih tarikh baharu secepat mungkin.

Al Nassr masih ada satu lagi perlawanan penting iaitu aksi menentang Inter Miami yang akan menyaksikan pertembungan antara Ronaldo dan Messi sekali lagi. Ianya dijadualkan pada 2 Februari.

Seminggu kemudian, mereka akan berdepan Al Hilal serta aksi ACL menentang Al Feiha pada 14 Februari.

Sebelum ini peminat di Korea Selatan pernah kecewa tak dapat melihat aksi Ronaldo ketika pra musim bersama Juventus.

Di mana Ronaldo hanya duduk di bangku simpanan akibat masalah kecergasan. Bezanya, Juventus tetap meneruskan aksi tersebut dan tidak menunda atau membatalkannya hanya kerana Ronaldo cedera.

Ramai peminat Korea Selatan tak puas hati malah ada mengancam mahu menyaman Juventus.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah