Peminat Indonesia Kagum Ultras Malaya Nyanyi Lagu Jawa Dengan Lidah ‘Pekat Tak Campur Air’

Malaysia dan Indonesia memang serumpun. Namun kadangkala di arena bola sepak seringkali berlaku provkasi daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun seringkali bercakaran manja, namun hubungan antara Malaysia dan Indonesia itu sebenarnya utuh dari segi perkongsian budaya itu sendiri.

Terbaru Ultras Malaya mengalunkan chant lagu jawa Ojo Dibandingke.

Dan ianya mendapat perhatian peminat Indonesia yang menghargainya dan terharu kerana Ultras Malaya menurut mereka menyanyikannya dengan ‘lidah jawa’ pekat,

Sebenarnya, di Malaysia ramai masyarakat Jawa di sini. Jadi mungkin ada ramai peminat di Indonesia tidak tahu agaknya sehingga seringkali menuduh beberapa kebudayaan Jawa di sini adalah dicuri dari Indonesia.

Padahal masyarakat jawa itu sendiri yang mengamalkan budaya, bahasa, cara hidup, makanan malah seni termasuk tarian dan lagu.

Selain itu ada juga yang menyatakan bahawa muzik antara Indonesia dan Malaysia memang dinikmati secara bersama sama.

Hari ini dengan ledakan media sosial, lagu dari Exist dan Iklim misalnya, menjadi siulan kembali generasi muda di Indonesia malah diubah menjadi koplo sejak dulu lagi.

Di Malaysia itu sendiri, kita sudah lama mengikuti ramai artis dari Indonesia tak kira pelakon atau penyanyi sejak zaman berzaman.

Ada juga komen seorang ayah dari Malaysia menyatakan, YouTube membuatkan anaknya kini bertutur lebih kepada Bahasa Melayu slanga Indonesia berbanding Malaysia.

Di ruangan komen juga ada peminat peminat Indonesia juga berharap jika Malaysia menentang Indonesia, Ultras Malaya dengan Ultras Garuda menyanyikan lagu tersebut bersama sama.

Pasti padu kan?

Baca yang lain