Peminat United Terharu Ada Pundit Bercakap Fakta Perit Pemilikan Glazer Secara Langsung

Peminat Manchester United telah memuji wartawan Kaveh Solhekol kerana ‘bercakap tentang fakta’ mengenai pemilikan kelab Glazer secara langsung di Sky Sports.

Mereka juga meminta penyokong United yang masih ragu ragu dalam perjuangan mereka menentang Glazers untuk melihat sendiri ulasan Kaveh Solhekol.

Penyokong United mengadakan bantahan terhadap Glazers di Old Trafford pada hari Ahad sebelum perlawanan pembukaan kelab musim 2022-23 menentang Brighton.

Sementara itu, legenda Man Utd Gary Neville menggesa Glazers menjual kelab itu selepas Erik ten Hag tewas dalam perlawanan kompetitif pertamanya ketika mengendalikan Red Devils.

“Masanya sudah tiba untuk keluarga Glazer menjual kelab bola sepak itu. Sekarang,” kata Neville dalam podcastnya.

“Mereka adalah pasukan paling mudah untuk ditentang dalam liga – itu adalah kebimbangan besar. Keterbukaan [ruang besar atas padang] mereka memang sukar dipercayai. Ia pasti mengejutkannya (Ten Hag) selepas pramusim yang mengujakan.”

United nampaknya masih terus bergelut ketika mengejar tandatangan pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong yang tidak begitu berminat untuk berpindah ke Old Trafford.

Kini, mereka menumpukan perhatian kepada pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot, yang mempunyai baki satu tahun dalam kontrak Juventus dan akan menjadi pembelian yang lebih murah.

United juga dikaitkan dengan perpindahan mengejutkan untuk bekas penyerang Stoke City dan West Ham berusia 33 tahun, Marko Arnautovic, yang kini bermain dengan Bologna. Namun rundinga dilaporkan sudah ditamatkan kerana Bologna enggan menjual pemain itu.

Apakah yang Kaveh Solhekol katakan tentang Glazers dan Man Utd?

Pada hari Isnin, berikutan kekalahan United kepada Brighton dan selepas dikaitkan dengan Rabiot dan Arnautovic, komen Solhekol mengenai Glazers telah dikongsi di media sosial oleh penyokong United.

“Bercakap tentang prestasi itu [kalah 2-1 vs Brighton] dan di mana United berada pada masa ini, anda tidak boleh lari daripada isu pemilikan,” kata Solhekol.

“Saya pernah berkata ini sebelum ini dan saya akan terus mengatakannya… di bawah pemilik semasa, ini adalah keadaan United.”

“Kerana cara mereka membeli kelab dan cara mereka menambah hutang kepada kelab, dan cara kelab membayar hutang tersebut, bermakna United akan semakin ketinggalan di belakang kelab yang dikendalikan dengan sangat baik seperti Manchester City, Liverpool, PSG, Chelsea… di mana anda mempunyai pemilik yang memasukkan wang, bukan pemilik yang mengeluarkan wang.”

“Lima belas tahun lalu keluarga Glazer meminjam £600 juta untuk membeli Manchester United. Lima belas tahun kemudian hutang itu masih berjumlah £600 juta dan ia telah dimasukkan ke atas  akaun dalam kelab.

“Pengambilalihan itu akhirnya membebankan Manchester United di antara £1.5 dan £2 bilion. Itu adalah wang yang telah keluar dari kelab.”

“Ya, buat seketika ketika Sir Alex Ferguson bertanggungjawab, dia hampir menutup kelemahan itu. Dia menjadikan United sebagai pemenang. Mereka memenangi gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.”

“Tetapi untuk jangka panjang, apa yang anda lihat semalam adalah hasil langsung daripada model pemilikan di Manchester United.”

“Model pemilikan itu tidak lagi dibenarkan dalam bola sepak Inggeris. Ia tidak dibenarkan dalam Bola Sepak Amerika. Anda tidak boleh mengambil kesempatan seperti itu. Tetapi malangnya, Manchester United terbeban dengannya.”

Kemudian pada bual biacara itu juga, dia menambah: “Cuma nak imbas kembali isu pemilikan ini, anda lihat Chelsea, mereka mempunyai pemilik baharu. Chelsea telah dijual menerusi The Raine Group, bank pelaburan di New York, mereka mempunyai lebih daripada 100 pihak yang berminat untuk membeli Chelsea.”

“Akhirnya, konsortium Todd Boehly membeli kelab itu dengan harga kira-kira £3 bilion. Dan lihat apa yang dilakukan oleh Todd Boehly di Chelsea, mendapatkan Raheem Sterling dan [Kalidou] Koulibaly, memburu [Wesley] Fofana… mereka adalah jenis pemain yang harus ditandatangani Manchester United.”

“Ada memang ada orang di luar sayan yang ingin membeli kelab Liga Perdana Inggeris, mereka mempunyai wang untuk membeli kelab Liga Perdana.

“Sehingga isu hutang ini diselesaikan, saya tidak fikir Manchester United akan kembali ke tahap mereka sebelum Glazers tiba. Kelab seperti Manchester City, PSG, Liverpool kini adalah terlalu jauh di hadapan Manchester United.”

“Lihat pada carta liga musim lalu, City menamatkan 35 mata di atas Manchester United, mereka hampir berada dalam liga yang berbeza.

“Anda lihat cara City beroperasi. Berapa tahunkah masa yang diperlukan untuk United memintas City sekali lagi? Saya tidak pasti ia akan berlaku melainkan ada peluang dalam struktur pemilikan kerana wang yang telah dibawa keluar dari Manchester United adalah sebab mereka berada dalam keadaan yang mereka ada hari ini.”

Baca yang lain