Pencinta Kucing Kecam Pegawai Brazil Kerana Zalimi Kucing Ketika Sidang Media Vinicius Jr

Pegawai pasukan kebangsaan Brazil yang berada di sidang media Vinicius Jr telah dikecam pencinta kucing kerana menurut mereka telah menzalimi haiwan itu.

Seekor kucing telah menyertai sidang media Vinicus Jr. Pemain itu kelihatan hanya tersenyum geli hati.

Kemudian pegawainya telah mengalihkan kucing itu dengan merentapnya dari belakang dan di tengkuknya.

Ramai pencinta kucing bengang dan mempersoalkan tindakan pegawai itu.

Di dalam bilik sidang media pun pegawai itu menjelaskan kepada seseorang bahawa dia cuma mengalihkan kucing itu.

Andrew Gourdie berkata: “Entah macam mana la kucing tu boleh masuk ke dalam sidang media Brazil? Dan perlu ke dia baling kucing tu macam tu?”

Mereka malah mengingatkan pegawai itu bahawa, dia boleh kehilangan jawatannya bila bila masa kalau pencinta kucing bersatu menentangnya.

Sebelum ini Kurt Zouma kehilangan tajaan yang besar dan turun naik mahkamah selepas peristiwa dia menzalimi kucing.

Lama Twitter milik Courtnye Sith menulis: “Dia tak boleh baling kucing macam tu, OMGGGG.”

Keadaan menjadi lebih gila apabila PETA sendiri turut memuat naik tweet yang mengkritik tindakan pegawai Brazil itu.

PETA merupakan organisasi melindungi haiwan daripada dizalimi.

Twitter rasmi mereka menulis: “Apa masalah mamat ni ye?”

“Lain kali kalau jumpa kucing, dia sepatutnya senyum dan ketawa macam bintang Brazil tu, Vini Jr, bukannya kasar dan ganas.”

“Kami harap ada la orang yang mencari kucing tu yang kemungkinan tiada rumah — macam kebanyakan kucing lain.”

Namun begitu ada juga yang mempertahankan tindakan pegawai Brazil itu. Menurut mereka, itulah cara terbaik untuk mengalihkan kucing. Kerana ianya tidak langsung menyakiti kucing itu.

Stuart berkata: “Saya ni bela kucing sepanjang hidup saya. Saya tak nampak pun tindakan tu tak kena, cara dia alihkan kucing tu. Dia tak sakiti kucing tu dan kucing tu mendarat dengan kakinya.”

Tweet dibalas: “Benar sekali, itulah cara terbaik nak alihkan kucing yang kita tak biasa dengannya. Cara tu buatkan dia tak boleh cakar kamu dan itu tidak menyakiti kucing tu pun. Cara terbaik untuk menggerakkan kereta adalah masukkan gear dan lepaskan brake.”

Seorang lagi berkata: “Memang macam tu la cara alihkan kucing. Kau pernah tengok tak ibu kucing alihkan anaknya?”

Baca yang lain