Pengadil Tak Terima Alasan Kemanusiaan, Baena Dibuang Padang Kerana Mesej Ini

Peminat Villareal berang selepas Alex Baena dibuang padang kerana memberikan penghormatan kepada mendiang presiden kelab itu, Jose Manuel Llaneza.

Pasukan bimbingan Unai Emery bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Almeria 2-1 di Estadi Ciutat de Valencia menerusk gol kemenangan dramatik minit ke-94 daripada Nicolas Jackson.

Tetapi mereka melakukannya tanpa sepuluh pemain selepas Baena dilayangkan kuning kedua dalam keadaan paling teruk selepas menjaringkan gol kelapannya musim ini.

Baena menanduk masuk sepakan sudut Dani Parejo untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-55 dan segera memberi penghormatan kepada mendiang Llaneza, yang meninggal dunia pada Khamis lalu pada usia 74 tahun.

Dia mengangkat bajunya dan mesej bertulis ‘Terima kasih untuk semuanya Llaneza’.

Baena mendedahkan mesej emosi itu kepada kamera tetapi kemudian Ricardo de Burgo melayangkan kad kuning kedua dan mengarahkan pemain berusia 21 tahun itu meninggalkan padang.

Pemain Sepanyol itu benar-benar tidak percaya dan kecewa, dengan dia dan pasukan Villarrealnya membantah dengan marah.

Pegawai itu menjelaskan bahawa ia adalah kerana walaupun pemain itu tak membuka bajunya, Baena telah menarik bajunya ke atas kepalanya.

Selain itu pengadil tidak membe

Bek tengah Villarreal, Pau Torres akhirnya dilayangkan kad kuning  juga kerana tidak bersetuju dengan pengadil.

Ini selepas pemain itu meminta pengadil untuk sedikit bertimbang rasa atas dasar kemanusiaan. Ianya pasti akan menjadi detik bermakna buat keluar Jose Manuel Llaneza.

Ramai peminat merasakan bahawa pengadil sangat kejam walaupun faham dia mengikut peraturan.

Mereka mengingatkan pengadil bahawa, kemanusiaan sentiasa di atas bola sepak.

Baca yang lain