Pengadil Wanita Pertama WWE Tampil Dakwa Dia Diperkosa Vince McMahon

Bekas Bos WWE Vince ‘Mr’ McMahon telah berdepan dengan satu lagi tuduhan berat. Mungkin yang paling berat setakat ini.

Di mana bekas pengadil WWE, mendakwa bahawa McMahon telah memperkosanya.

Bekas Pengerusi WWE dan ketua pegawai eksekutif Vince McMahon ‘Mr McMahon’ terpaksa berundur awal bulan ini daripada peranannya selepas dia dituduh membayar wang tutup mulut menggunakan dana WWE untuk menutup hubungan sulit dengan bekas pekerjanya.

Kesalahan itu benar benar menggemparkan peminat gusti dunia. Dia juga dilaporkan salah guna kuasa dengan menerima masuk pekerja tersebut menjadi staf WWE atas dasar peribadi ataupun kabel.

Selain itu, dia menawarkan wanita itu gaji yang lebih tinggi berbanding staf lain yang setaraf jawatan dengannya.

Kini, McMahon telah dituduh melakukan tindakan yang lebih serius iaitu kes r o g o l, oleh bekas pengadil ketika tekanan terus meningkat berkaitan dengan salah lakunya.

Vince McMahon semakin berdepan dengan lebih banyak masalah dari hari ke hari. McMahon terpaksa berundur daripada jawatannya sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif World Wrestling Entertainment selepas dia dan bekas ketua perhubungan bakat John Laurinaitis – yang juga terpaksa mengosongkan jawatannya – didakwa membayar seorang bekas pekerja diam-diam untuk menjaga hubungan sulit antara dia dan McMahon.

Kini IOL melaporkan bahawa McMahon dituduh oleh Rita Chatterton – pengadil wanita pertama WWE – melakukan serangan seksual pada 1980-an. Menurut New York Post, pendedahan tentang aktiviti menyeramkan McMahon mendorongnya untuk tampil ke hadapan dan menafikan dakwaannya terhadapnya.

Pada 1992, Chatterton pernah menyatakan bahawa dia diperkosa ketika berada di dalam kereta limosin.

Rita Chatterton berkata McMahon memperkosanya pada tahun 1986, sambil menambah: “Saya pasti ada orang lain yang akan tampil ke hadapan. Kerana bukan kami berdua sahaja. Tidak ada keraguan dalam fikiran saya tentang itu. Setakat bergusti, saya rasa saya yang pertama dalam banyak perkara.”

“Setahu saya, saya orang pertama yang keluar dengan keseluruhan isu tentang betapa bodohnya dia.”

Setakat ini, Chatterton enggan menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif WWE, Vince McMahon mempunyai sejarah mengelak skandal di tengah-tengah dakwaan mengenai pembayaran “hush money”.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, dia dan ketua perhubungan bakat John Laurinaitis meletak jawatan selepas penyiasatan lembaga WWE terhadap dakwaan bahawa kedua-duanya berpakat untuk membayar $3 juta untuk menutup hubungan sulit McMahon dengan bekas pekerjanya.

Namun McMahon menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Sambil menyatakan dia berundur bukan kerana skandal itu tetapi kerana sudah berusia 76 tahun, dan dia bersara kerana masanya sudah tiba.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang