Pengarah Teknikal Australia Terbuka Akui Terkilan Cuma Menang 3-2 Lawan Indonesia

Jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae Yong memberikan pesanan yang diibaratkan oleh media mereka sebagai menyayat hati selepas pasukan kebangsaan Indonesia U-23 tewas tipis 2-3 kepada Australia pada perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia U-23 di Stadium Central Republican, Selasa lalu.

Pesana itu disampaikan oleh Shin Tae Yong menerusi muat naik di Instagram rasmi beliau. Dalam muat naik terbarunya, jurulatih yang berasal Korea Selatan itu turut memuat naik rakaman video kekalahan pasukan kebangsaan B-23 dari Australia.

Shin berkata: “Kita tewas kepada Australia dengan skor hanya 2:3 malam tadi. Saya ingin memberitahu pemain bahawa mereka telah bekerja keras,” kata Shin Tae Yong.

Shin Tae Yong ternyata berpuas hati dengan komitmen pemain pemain muda Indonesia dalam aksi tersebut.

Beliau menambah: “Sememangnya bahagian fizikal kita kekurangan dan kalah berbanding pemain Australia tetapi saya harap pemain boleh mempunyai minda [mentaliti] dan hati untuk yakin, tidak berputus asa dan pasti boleh menang.”

Beliau berharap skuad muda Indonesia akan tetap mara ke pusingan akhir kejohanan B-23 Asia itu nanti.

“Semoga perlawanan seterusnya akan menjadi perlawanan yang menarik dan pemain tidak akan menyesal,” kata beliau lagi.

“Mari kita bersorak dan memberikan sokongan untuk pemain kita,” kata Shin Tae Yong menambah.

Skuad muda Indonesia dipuji oleh peminat mereka dan pemerhati bola sepak yang mengikuti perlawanan tersebut.

Di mana mereka memberikan Australia hari yang sangat sukar dan melepaskan bolos saat akhir.

Indonesia U23 2 (Sulaeman 68’, Hidayat 84’)
Australia U23 3 (Tokich 53’, Wood 59’, Italiano 77’)
Venue: Republican Central Stadium, Dushanbe, Tajikistan
Referee: Kim Woosung (Korea Republic)

Australia U23: 3. Jordan COURTNEY-PERKINS, 3. Mark TOKICH (C), 5. Jordan BOS, 6. Fabian MONGE (21. Patrick YAZBEK 72’), 7. Lachlan BROOK (20. Luka PRSO 72’), 8. Luke DUZEL, 9. Patrick WOOD, 10. Jacob ITALIANO, 11. Adisu BAYEW (17. Alessandro LOPANE 52’), 13. Lewis MILLER (2. Callum TALBOT 86’), 18. Nicholas SUMAN (Gk)
Substitutes not used: 1. Kai CALDERBANK-PARK (Gk), 12. Adam PAVLESIC (Gk), 14. Lucas MAURAGIS, 15. Taras GORMULKA, 16. Aydan HAMMOND, 19. Thymos CAROUTAS, 22. Zaydan BELLO, 23. Matthew SCARCELLA

Yellow cards: Duzel, Monge, Italiano

Trevor Morgan sukar terima kemenangan 3-2 je

Pengarah teknikal skuad kebangsaan Australia U-23, Trevor Morgan pula dengan selambanya menyatakan tidak berpuas hati walaupun pasukannya mencipta kemenangan 3-2 ke atas  Indonesia.

Ini kerana menurutnya, selaku pasukan pilihan, mereka seharusnya beraksi lebih baik dan menambah gol lebih besar ke atas pasukan Indonesia.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Central Republican, Dushanbe (Tajikistan), Australia telah mendahului dua kali dengan jarak dua gol iaitu pada kedudukan 2-0 dan 3-1. Bagaimanapun, hanya menang 3-2 kerana Taufik Hidayat menjaringkan gol kedua Indonesia ketika berbaki 7 minit.

Morgan berkata: “Statistik selepas perlawanan menunjukkan kami boleh memenangi perlawanan dengan lebih meyakinkan,” kata Trevor Morgan kepada laman rasmi Persatuan Bola Sepak Australia.

“Bagaimanapun, kami telah mencabar diri untuk fokus pada hari Jumaat dan menunjukkan peningkatan.”

“Dari segi aspek serangan, kami percaya kami boleh lebih tajam. Sementara itu, dari sudut pertahanan, kami juga tahu kami boleh menjadi lebih kuat. Kedua-dua elemen ini akan menjadi tumpuan menjelang perlawanan Jumaat ini.”

Namun Morgan tetap mengucapkan syabas kepada pemain dan jurulatih di atas kemenangan mereka.

“Kemenangan ini adalah kemenangan yang bagus atas usaha pemain dan staf sejak dua minggu lalu, di mana mereka berlatih dan bermain di Dubai dan Dushanbe.”

“Kita dah menetapkan mahu fokus kepada perlawanan kedua dan sasaran kita nak memastikan kelayakan ke Uzbekistan 2022, saya mempercayai sepenuhnya kepada staf kejurulatihan kita, untuk menyiapak budak budak kita secara fizikal untuk perlawanan yang kurang 72 jam dari perlawanan ini.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di