Pengurus Brentford Letak Harga £100 Juta Untuk Ivan Toney

Pengurus Brentford, Thomas Frank telah meletakkan harga £100 juta untuk penggempur sensasi kelab itu, Ivan Toney.

Toney terus menjadi pemain meningkat naik di Brentford, sejak ketika di Liga Kejuaraan lagi. Dia membantu kelab itu naik ke EPL.

Dan berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang di hadapan gol.

Toney turut berjaya mendapat panggilan kebangsaan England kerana prestasi cemerlangnya.

Kini beberapa kelab mulai dikaitkan dengan penyerang yang lasak dan laju itu.

Thomas Frank menyedari bahawa kelab seperti Brentford sudah tentu akan terpaksa melepaskan pemain itu jika ada kelab besar datang melamarnya.

Dan mereka memberikan tanda harga £100 juta untuk pemain itu.

Menurut Thomas Frank, angka itu adalah wajar. Memandangkan Toney masih mampu menjaringkan lebih 20 gol bersama dengan kelab di midtable.

Bayangkan kalau dia bermain dengan kelab lebih besar dan memiliki lebih kreativiti serta serba serbi kuat secara teknikal.

Maka dia akan pasti mampu melakukan lebih lagi.

Thomas Frank berkata: “Ivan Toney boleh mencapai nilai £100 juta – itu pada pandangan saya lah.”

“Apa nilai yang kamu sanggup banyar untuk penyerang yang menjamin kamu lebih 20 gol [semusim]? 20 gol bersama dengan kelab pertengahan carta, jadi apa yang dia akan mampu lakukan di kelab lebih besar?”

“Dia boleh matang seperti wain yang baik.”

Adakah anda setuju dengan penilaian Thomas Frank?

 

Baca yang lain