Peningkatan Drastik Pasukan Kriket Jerman Dibina Oleh Pendatang Asing (Kacukan Dan Naturalisasi)

Abdul Shakoor tersesat di sempadan yang memisahkan Turki dan Bulgaria. Dia tidak tahu dimana dia berada.

Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa 2 hari sudah berlarutan sehingga 6 atau 7 hari.

Sebenarnya dia tidak ingat dengan tepat berapa hari sudah sesat kerana dia berada dalam kelaparan dan dahaga.

Ketika berusia 15 tahun dia sebenarnya sudah melakukan perjalanan yang serupa. Berjalan dari Iran ke Turki dan pada masa itu dia hanya memerlukan 48 jam untuk sampai.

Shakoor keluar dari rumahnya di Peshawar, Pakistan dengan impian untuk pergi ke England.

Dia mendapatkan wang dari saudara maranya sebanyak $ 2,000 untuk membayar kepada ejen.

Jumlah itu hanya boleh membawanya ke Turki, negara sempadan Asia dan Eropah. Untuk sampai ke eropah, Shakor memerlukan lebih banyak wang.

Ketika sampai di Bulgaria, dia perlu mengelakkan diri dari polis supaya tidak ditembak. Dia bergerak melalui Serbia, Hungary dan Austria.

Ketika di Austria, dia menerima berita dari rakannya yang sudah berada di England. Berita yang membuatnya berfikir semula tentang rancangannya ke sana.

Mereka berkata Jerman lebih mesra menerima orang seperti Shakoor. Dia harus pergi kesana sebagai ganti kepada rancangan asalnya.

Setiba di Jerman, Shakoor hanya memiliki baki wang kira-kira €100, baju yang dipakainya (sehelai sepinggang) dan telefon bimbit. Itu sahaja.

Kini, selepas 5 tahun, dia adalah seorang opening batsman (salah satu posisi dan peranan sukan kriket) Jerman.

Salah satu negara kriket yang paling cepat berkembang di dunia.

Impian Shakoor ke England sebahagiannya dipacu oleh kriket. Disamping itu dia ingin belajar di Universiti Lancaster untuk meningkatkan peluang mendapat perkerjaan yang baik.

Pada mulanya Shakoor berusaha mendapat visa, namun ditolak. Dia dan beberapa rakannya membuat rancangan pergi ke sana dengan cara haram.

“Saya terlalu muda dan membuat keputusan salah dengan cara itu.”

“Ia sangat bahaya. Di sempadan, polis atau tentera boleh menembak anda. Saya mungkin mati.”

Shakoor memerlukan beberapa bulan untuk mengumpulkan wang dari saudara-mara. Dia tidak memberitahu kepada ibu bapanya tentang rancangan itu.

Ketika tiba waktu untuk meninggalkan Peshawar, dia menaiki bas menuju ke sempadan Iran. Kemudian berjalan kaki menemui ejen lain.

Ini adalah cara biasa dilakukan oleh orang yang mahu melepasi sempadan. Menaiki bas atau kereta sehingga ke sempadan kemudian berjalan kaki melintasinya.

Ejen akan membawa mereka kerumahnya untuk mandi dan makan.

Sepuluh hari selepas meninggalkan Peshawar, Shakoor sudah berada di Turki dan bersedia memberitahu ibu bapanya apa yang telah dilakukannya.

“Mereka sedih dan mahu tahu kenapa saya meninggalkan rumah.”

Shakoor menjelaskan kenapa dia mahu pergi. Ibu bapanya bersetuju membiayai pembayaran seterusnya kepada ejen yang akan membantu perjalanannya ke Bulgaria.

Percubaan pertama untuk masuk ke Bulgaria dari Turki berakhir dengan pertelingkahan kecil dengan polis Bulgaria.

“Mereka mengejar dan menembak kami.”

“Mereka berada dibelakang dan kami berlari. Kami berlari kembali ke Turki.”

“Kami terjumpa seorang askar Turki yang baik. Kami kembali ke kem pelarian.”

Percubaan ke-2 juga mempunyai masalah tetapi dengan sebab yang berbeza.

“Kali ini kami tidak bersama ejen. Ejen di Turki hanya memberitahu kami supaya terus berjalan dan seseorang akan menjemput kami di Bulgaria.”

“Kami tidak tahu jalan mana yang harus dilalui dan akhirnya sesat.”

“Selepas 3 hari kami kehabisan makanan. Kami terpaksa makan epal dari pokok dan minum air sungai. Kami berjalan selama 6 atau 7 hari.”

Selepas berjaya memasuki Bularia, mereka menuju ke Austria. Disana mereka menerima pesanan dari rakan-rakannya di England.

Pesanan itu akhirnya mengubah hidupnya.

“Mereka memberitahu, saya akan menghadapi kesukaran di England. Saya mungkin akan dihantar pulang.”

“Sekiranya itu berlaku, segala wang yang sudah digunakan dan kerja keras yang dilakukan akan menjadi sia-sia.”

“Saya berfikir dan memutuskan untuk pergi ke Jerman. Saya rasa jika saya tidak dapat bermain kriket di sana, sekurang-kurangnya saya boleh bekerja.”

Shakoor dibawa ke kem pelarian kanak-kanak berumur 18 tahun di Regensburg, sebuah bandar di Bavaria yang mempunyai kira-kira 150,000 penduduk.

Dia diberi makan, dihantar kelas Bahasa Jerman dan diberi elaun sebanyak € 10 hingga € 15 seminggu.

“Semua orang baru. Semua orang tidak mengenali antara satu sama lain. Semua orang berfikir bagaimana untuk membiasakan diri disini.”

Tidak ada siapa yang mahu bermain kriket pada masa itu. Ia cuma belajar Bahasa Jerman dan kemudiannya mendapatkan pekerjaan.

Selama sebulan setengah Shakoor tidak melakukan apa-apa selain pergi ke kelas dan belajar Bahasa Jerman.

“Pada bulan ke-2 saya bertanya kepada guru saya bagaimana saya boleh mencari kelab kriket.”

“Dia mempunyai teman lelaki berbangsa India yang bermain tennis-ball cricket.

“Pada minggu berikutnya saya dihantar ke bandar yang baru. Saya menemui kriket di tempat yang baru.”

Penempatan baru Shakoor adalah di Weiden, sebuah bandar yang lebih kecil kira-kira 1 jam perjalanan ke utara, tidak jauh dari sempadan Republik Czech.

Sepanjang setahun setengah di sana, Bahasa Jermannya bertambah baik sehingga Shakoor boleh memulakan pengajian diploma dalam bidang pembinaan.

Dia dibenarkan meninggalkan kem pelarian dan boleh mencari tempat tinggalnya sendiri. Disini bermulanya pemburuan Shakoor mencari kriket.

“Sangat sukar untuk memulakan hidup di negara baru. Anda tidak tahu apa-apa.”

“Anda harus belajar bahasanya, mengenali orang, mengetahui budayanya. Sekiranya anda menjumpai sesuatu seperti kriket, ia akan mengembirakan anada.”

“Anda akan berasa lebih baik”

“Ketika saya bercakap dengan sebuah kelab, pada ketika itu musim panas akan berkahir. Saya kembali semula pada musim sejuk dan berlatih bersama mereka.”

“Saya menandatangi kontrak pada musim berikutnya. Ketika itulah saya tahu semuanya berjalan dengan baik.”

“Saya mempunyai aktiviti pada setiap hujung minggu. Saya gembira dengan hari Ahad, bermain kriket.”

Brian Mantle berkata imigran adalah sebahagian dari hidupnya. Lelaki dari Shopshire ini telah berpindah ke Jerman pada pertengahan 1990 untuk mengajar Bahasa Inggeris.

Dia akhirnya dilantik menjadi Ketua Eksekutif Persekutuan Kriket Jerman (DCB). Pada tahun 2015, atas kapasiti DCB, Mantle berkata ‘cita-cita ke tahap lebih tinggi’.

Ramai pemain fanatik dengan sukan ini telah berada di kelab bawah DCB, kebanyakkan dari mereka orang yang nekad membina kehidupan di negara baru.

“Hampir setiap hari terdapat pemain baharu yang muncul.”

“Saya tinggal di Essen, kami telah berusaha mengumpul pemain selama 15 tahun. Kemudian secara tiba-tiba kami mempunyai lebih 100 pemain.”

“Akan terdapat 5 atau 6 pemain baharu dalam latihan pada setiap minggu.”

“Ketika mereka datang, mereka sebenarnya datang dari kem pelarian. Mereka tidak dibenarkan bekerja. Mereka hanya dibenarkan pergi ke kelas untuk belajar Bahasa Jerman.”

“Jadi kriket merupakan satu perkara lain yang mereka boleh lakukan.”

“Mereka akan berada di kawasan sekitar padang selama 6 hari dan mereka dapat bermain kriket pada hujung minggu.”

“Mereka akan memberikan segalanya seperti semangat dan tenaga ke dalam permainan mereka. Kebanyakkan dari mereka tidak percaya kriket dimainkan di sini.”

Kehadiran imigran ini disertai dengan kisah apa yang mereka lalui.

“Kadang-kadang anda dapat melihat trauma di mata mereka.” kata Mantle

“Melarikan diri, diugut jika mereka tidak melarikan diri, mereka akan ditembak.”

Apabila Mantle mempunyai jumlah pemain yang ramai, sudah pasti beberapa orang daripada mereka mempunyai bakat.

Shakoor merupakan salah seorang dari mereka bersama Izatullah Dawlatzai yang bermain di peranan opening bowler. Dawlatzai pernah menwakili Afghanistan sebanyak 9 kali

Seorang lagi Batsman, Amir Mangal juga salah seorang bekas pemain Afghanistan.

Pada tahun 2017, Majlis Kriket Antarabangsa telah mengubah kelayakkan pemain asing untuk mewakili negara lain.

Pemain asing cuma perlu tinggal 3 tahun di negara tersebut, yang mana kriteria sebelumnya mereka perlu bermastautin selama 7 tahun.

Perubahan itu membuka peluang kepada ramai imigran dan DCB secara tiba-tiba mempunyai ramai pemain yang bukan berasal dari Jerman.

Pasukan Kriket Jerman meningkat dengan drastik melalui pemain-pemain ini. Pada pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah, Jerman hanya ketinggalan 1 kedudukan.

Pasukan kriket wanita Jerman pula berada di kedudukan lebih tinggi. Mereka berada di ranking 27 hingga 32 dunia.

“Kami tidak pernah bermimpi untuk mencipta sukan Kriket menjadi terkenal disini.” kata Mantle

“Masih belum diketahui tetapi kami kini mempunyai cita-cita untuk ke Piala Dunia. Sebelum ini tidak ada sesiapa memandang serius kepada pasukan kami, sekarang mereka sudah mula memikirkannya.”

Selepas menamatkan pengajian diploma, Shakoor bekerja di tapak pembinaan sebagai mandur. Baru-baru ini dia kembali ke Peshawar untuk bertunang dan akan membawanya ke Jerman selepas berkahwin.

Pada penampilan terakhirnya bersama Jerman menentang Sepanyol pada bulan Mac lepas, dia membuat 59, skor tertinggi.

“Saya tidak pernah menyangka satu hari nanti saya akan memakai baju kebangsaan Jerman. Saya sangat gembira mencatat skor itu.”

“Saya gembira mereka memberi peluang kepada orang asing. Kami datang ke sini dan mereka memberi kami segalanya.”

Kemajuan sukan kriket di Jerman tidak boleh dinafikan. Tetapi untuk mengatakan mereka sudah setaraf dengan England, Australia atau India, ianya tidak mungkin boleh dicapai dalam masa terdekat.

Namun mereka sudah sebaris dengan Ireland, Scotland, Belanda dan Nepal.

Mungkin satu hari nanti, Shakoor akan beraksi untuk Jerman menentang Pakistan.

“Itu impian saya”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan