Penjaga Gol Ini Dituduh Jual Game, Sebenarnya Dia Genius

Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang penjaga gol di Liga Brazil dilihat mengelak bola sepakan percuma daripada lawannya.

Dan ianya membuatkan dia dituduh rasuah dan menjual game. Namun sebenarnya penjaga gol tersebut bertindak bijak dan dia memahami peraturan permainan.

Pengadil mengarahkan sepakan percuma tidak terus atau indirect freekick. Bermakna sepakan percuma itu tidak boleh terus masuk jika tidak ada sekurang kurangnya 2 sentuhan padanya.

Penjaga gol dalam aksi Corinthians dan Ateltico Mineiro telah membuat keputusan bijak kerana dia tidak mahu mengambil risiko tersentuh bola dan gagal menangkap kemas terus masuk. Dia hanya membiarkan sahaja bola itu,

Laman Twitter Dirty Football dikecam hebat kerana dianggap tak faham peraturan bola sepak tapi sibuk nak jadi admin bola. Tidak kurang juga ada segelintir pengikut page yang dengan selamber menuduh penjaga gol korup. Sebenarnya tidak.

Page D-Intet Data kemudian membalas tweet dengan berkata: ANALISIS: Silap fakta

“FAKTA: Perlawanan sedang dimainkan di mana penjaga gol pasukan tidak cuba menghentikan sepakan percuma, dan bola masuk ke dalam gol. Ia telah tersebar dengan dakwaan mengelirukan bahawa gol berlaku disebabkan mengatur perlawanan, penjaga gol mengelak daripada menyelamatkan bola.”

“Hakikatnya ia adalah sepakan percuma tidak langsung, dan jika sepakan percuma tidak langsung masuk ke dalam gol sebelum menyentuh pemain lain, sepakan gol akan diberikan.”

“Kerana bola tidak menyentuh mana-mana pemain dalam perjalanan ke gawang, jadi penjaga gol mengelak daripada menyelamatkannya dan dihadiahkan dengan sepakan gol.

Akaun tanpa pengetahuan bola sepak cuba menyebarkan video di luar konteks dan mendapatkan tanggapan liar di media sosial.”

 

Baca yang lain